Tiada anak yang patut dinafikan hak kewarganegaraan atas sebab tidak sah tara

KUALA LUMPUR: Kes ini, yang mengesahkan lagi kes-kes berkaitan status kerakyatan anak tidak sah taraf yang telah pun diputuskan sebelum ini, sangat bertentangan dengan semangat keadilan dan belas ihsan.
Datuk Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, “Saya mengambil maklum dan ingin menyuarakan kebimbangan berhubung keputusan majoriti panel hakim di Mahkamah Persekutuan semalam bahawa seorang anak tidak sah taraf tidak layak mendapat kerakyatan, walaupun bapanya merupakan warga Malaysia.
Walaupun kami menghormati keputusan yang dibuat badan kehakiman dalam melaksanakan tugas
perlembagaan mereka, saya perlu menyatakan tidak setuju dalam kes ini.
“Saya akan membangkitkan kes ini kepada Menteri bertanggungjawab atau di kabinet, demi memastikan dia mendapat status kewarganegaraan secara pendaftaran, mengikut Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
“Saya mengambil maklum dan ingin menyuarakan kebimbangan berhubung keputusan majoriti panel
hakim di Mahkamah Persekutuan semalam bahawa seorang anak tidak sah taraf tidak layak mendapat kerakyatan, walaupun bapanya merupakan warga Malaysia.
Walaupun kami menghormati keputusan yang dibuat badan kehakiman dalam melaksanakan tugas
perlembagaan mereka, saya perlu menyatakan tidak setuju dalam kes ini.
Sudah tiba masanya untuk kita tamatkan kerosakan yang ditimpa kepada orang yang tidak bersalah
ekoran peruntukan yang sudah ketinggalan zaman, iaitu Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan, yang
digunakan untuk penghakiman majoriti dalam kes tersebut.
Justeru itu, saya komited ke arah pemansuhan atau pindaan perkara itu. Saya akan membangkitkannya dalam kerajaan. -UTV Media Msia