Malaysia Culinary International & Islamic Heritage Angkat Warisan Halal ke Peringkat Global

  • December 8, 2025
  • 2 min read
Malaysia Culinary International & Islamic Heritage Angkat Warisan Halal ke Peringkat Global

KUALA LUMPUR — Program Malaysia Culinary International and Islamic Heritage anjuran Globe Extra Avenue sekali lagi menyerlah sebagai platform kulinari berprestij yang menghimpunkan peserta dari dalam dan luar negara, termasuk Timur Tengah, Sudan, Mesir, Palestin dan Indonesia.

Menurut wakil penganjur, Chef Nora, kehadiran peserta antarabangsa membuktikan program ini semakin mendapat tempat di peringkat global meskipun ada negara yang sedang berdepan cabaran.

Majlis perasmian diserikan lagi dengan kehadiran tetamu vip istimewa YBrs Tuan Haji Faisal Ismail selaku Setiusaha Politik Kementerian Kesihatan Malaysia sekaligus merasmikan majlis ini.

“Walaupun negara mereka mengalami tekanan, peserta dari Indonesia, Palestin dan Timur Tengah masih mampu datang dan bersama-sama kami. Alhamdulillah, ini satu penghormatan besar untuk program kami,” Chef Nora

Fokus Penyediaan Makanan Halal & Tayyibah

Tujuan utama penganjuran program ini adalah memberi pendedahan profesional mengenai penyediaan makanan secara Halal dan Tayyibah, selari dengan tuntutan syariah serta standard industri makanan Islam.

Malaysia Islamic Heritage ini lebih kepada mendidik tentang penyediaan makanan halal, bersih dan selamat. Ia penting untuk profesional kulinari dan para pelajar memahami standard halal sebenar,” jelas Nora.

Komitmen ESG: Amalan Hijau Dalam Dunia Kulinari

Salah satu keunikan program ini ialah pelaksanaan Green Competition, iaitu pertandingan kulinari yang menerapkan prinsip ESG—Environmental, Social & Governance.

Antara amalan lestari yang dipraktikkan termasuk:

  • Lebihan makanan (leftover) dikumpul dan dijadikan kompos
  • Minyak masakan terpakai di-recycle untuk dijadikan sabun
  • Pengurangan pembaziran makanan di setiap kategori pertandingan

“Kami mahu peserta belajar bukan sahaja memasak, tetapi juga menjaga alam sekitar dan mempraktikkan kelestarian dalam industri makanan,” tambahnya.

Pelbagai Kategori Masakan & Penyertaan Dari Golongan OKU

Program ini turut menyaksikan penyertaan dari pelbagai latar belakang — pelajar kulinari, chef profesional, suri rumah, serta golongan OKU yang bersama-sama bertanding dalam tujuh kategori masakan merangkumi:

  • Masakan Western
  • Asian Fusion
  • Chinese Cuisine
  • Middle Eastern Menu
  • Dan beberapa kategori khas lain

Pertandingan dijalankan di Hall Tanjung dan Hall Teratai, yang menempatkan cold kitchen dan hot kitchen.

“Hot cooking di sebelah kiri itu adalah kawasan penyediaan peserta. Ada pelajar, ada chef profesional, dan ada juga wakil komuniti termasuk OKU. Semua diberi peluang bertanding secara adil,” jelas Nora.

Potensi Penganjuran Lebih Besar Tahun Hadapan

Melihat sambutan yang menggalakkan, penganjur optimis untuk membawa program ini ke tahap lebih besar pada tahun hadapan.

“Jika diberi peluang, insyaAllah kami akan membuat event yang lebih hebat tahun depan. Program ini sangat besar manfaatnya kepada warisan makanan Islam dan pembangunan industri kulinari,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *