KEJAYAAN TANGKAPAN TAHUN 2022 BUKTI MARITIM MALAYSIA KOMITED MENJAGA PERAIRAN NEGARA

  • February 11, 2023
  • 2 min read
KEJAYAAN TANGKAPAN TAHUN 2022 BUKTI MARITIM MALAYSIA KOMITED MENJAGA PERAIRAN NEGARA


SANDAKAN, 11 Feb – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)
telah merekodkan sebanyak 1,143 kes tangkapan atas pelbagai kesalahan melalui
operasi yang telah digerakkan oleh agensi ini sepanjang tahun lalu.
Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau
berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Maritim Malaysia dalam
menjalankan tugas menjaga keselamatan di kawasan perairan maritim negara.
“Saya dimaklumkan, pada tahun lepas sahaja hampir RM4.8juta hasil rampasan
diperolehi manakala lebih RM45 juta denda / kompaun telah dikeluarkan kepada
pesalah yang telah ditahan oleh pihak Maritim Malaysia.
Daripada jumlah yang direkodkan itu tadi, Maritim Malaysia telah membuktikan
mereka memiliki kemahiran dan kepakaran setanding dengan agensi
penguatkuasaan yang lain di dalam negara ini.”
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Lintas Hormat Aset Laut, Udara
dan Darat berkonsepkan `Fleet Review’ berhampiran pejabat Zon Maritim
Sandakan,Sabah sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Ke agensi ini hari ini.
Turut hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul
Anuar Nasarah serta Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk
Mohd Zubil Mat Som.
Saifuddin turut mengakui melalui aset-aset terkini yang ditunjukkan, beliau yakin
agensi ini mampu mengawasi keselamatan perairan negara serta dapat
menjayakan operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di laut.
“Sebanyak 11 buah kapal, 3 buah pesawat udara dan 4 buah bot pengiring
keselamatan terlibat dalam acara lintas hormat sebentar tadi. Ini merupakan
sebahagian daripada aset Maritim Malaysia yang digunakan dalam penugasan dan
operasi agensi ini.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *