MCMC MERAIKAN KAKITANGAN YANG BERJAYA MENAMATKAN PROGRAM ACCELERATED LEADERSHIP PROGRAM (2020–2022)

  • February 10, 2023
  • 2 min read
MCMC MERAIKAN KAKITANGAN YANG BERJAYA MENAMATKAN PROGRAM ACCELERATED LEADERSHIP PROGRAM (2020–2022)


CYBERJAYA, 10 Februari 2023 — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (MCMC) telah mengadakan Majlis Penutup Program Accelerated
Leadership Program Series ALPs Kohort 1 di Auditorium MCMC bagi meraikan
39 kakitangan MCMC yang telah berjaya menamatkan program ALPs kohort 1
(2020-2022) dan memperolehi Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)
dari Sekolah Perniagaan Antarabangsa Azman Hashim (AHIBS), Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) serta menerima Pensijilan Profesional PRINCE2 pada
tahun lepas.
Program ini turut menyaksikan lima (5) kakitangan MCMC meraih Anugerah
Pelajar Pasca Siswazah Terbaik (Anugerah Akademik), dua (2) kakitangan
memenangi tempat kedua dalam Fall 2022 Capsim Challenge (Anugerah Global),
empat (4) pemenang bagi Azman Hashim Business School Action Research
Challenge 2021 dan dua (2) lagi pemenang Azman Hashim Business School Pitch
for Funding bagi Idea Penyelidik Terbaik di seluruh UTM MBA.
“Ini adalah satu kejayaan buat MCMC dalam usaha memperkasakan modal insan
serta mempersiapkan pemimpin masa hadapan yang berpotensi untuk
mengambil alih tampuk kepimpinan MCMC kelak. Kami amat berbangga dengan
pencapaian kesemua bakat kami dan hari ini dan kami meraikan pencapaian
mereka yang telah berjaya menyempurnakan program ALPs,” Ketua Pegawai
Operasi MCMC YBhg. Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.
Turut hadir pada majlis ini adalah Ketua Bahagian Modal Insan MCMC Dr.
Murugappan, barisan Pengurusan Tertinggi MCMC, serta delegasi dari UTM,
iaitu Timbalan Naib Canselor UTM YBhg. Professor Sr. Dr. Hishamuddin Mohd
Ali, Dekan AHIBS UTM, Assoc. Prof. Dr. Rosmini Omar dan Pengarah UTSB UTM,
YBrs. Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim.

Program ALPs ini adalah program yang ditaja sepenuhnya oleh MCMC untuk
pembangunan kepimpinan khusus bagi kakitangan MCMC dalam kumpulan
eksekutif senior dan junior, berdasarkan Model Kecekapan Tingkah Laku (BCM)
dan Ciri Kepimpinan Digital.
Kesemua 39 kakitangan MCMC yang berjaya ini telah melalui proses pemilihan
yang teliti dan melalui program pembangunan oleh Bahagian Modan Insan
MCMC sebelum disenarai pendek untuk memulakan program ALPs di bawah
inisiatif Program Pembangunan Kepimpinan MCMC. UTSB/AHIBS telah dipilih
oleh MCMC sebagai rakan kongsi menerusi proses tender bagi menjalankan
program ALP kohort 1 dan kesemua peserta telah menjalani latihan kepimpinan
selama 18 bulan mengikut fasa pembangunan ALPs.

1 Comment

  • Wow, incredible weblog format! How lengthy have you been running a blog for?
    you make blogging look easy. The full look of your website is magnificent,
    let alone the content material! You can see similar: e-commerce and
    here sklep

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *