KEKUATAN MEDIA DALAM MENJAGA KESEIMBANGAN DAN PERKEMBANGAN POLITIK SEMASA
![KEKUATAN MEDIA DALAM MENJAGA KESEIMBANGAN DAN PERKEMBANGAN POLITIK SEMASA](https://utvmediamalaysia.com/wp-content/uploads/2023/08/Screenshot_20230831_193034-770x470.jpg)
:
oleh Andre Lai,
Ketua Cabang KEADILAN Wangss Maju
Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan
Akhbar dan media memainkan peranan penting dalam masyarakat pendukung demokrasi. Mereka adalah Fourth Estate – dirujuk sebagai ‘kuasa keempat’ merujuk kepada status akhbar sebagai pemantau. Istiliah datang dari pembahagian kuassa ‘separation of powers’, satu doktrin kerajaan demokrasi yang membahagikan urusan pentadbiran kepada 1) Legislatif atau penggubal undang-undang, 2) Eksekutif atau pentadbir kerajaan berdasarkan undang-undang dan 3)Kehakiman atau pelaksana undang-undang. ‘Fourth estate’ merupakan pemantau kepada 3 cabang kuasa yang pertama – dalam dunia moden ia dirujukkan kepada kuasa media untuk menjaminkan kebebasan akhbar untuk tujuan semak dan seimbang.
Di Malaysia, akhbar dan media mempunyai sejarah yang panjang dan kaya. Akhbar pertama di Malaysia telah diterbitkan pada tahun 1806, dan stesen radio pertama telah ditubuhkan pada tahun 1938. Media masa beralih ke transformasi dalam dunia digital melalui portal atas talian dan media social, menjadikan ia menjadi penentu sumber maklumat utama yang tidak boleh diabaikan, sebagai penjaga dan penyeimbang kerajaan dan perkembangan politik semasa.
Peranan pengamal media dalam mengawal kerajaan dan perkembangan politik semasa adalah penting untuk memastikan akauntabiliti dan keadilan dalam pentadbiran negara. Sebagai institusi keempat, media memainkan peranan sebagai ‘pengawal pintu belakang’ yang mengawasi tindakan dan keputusan kerajaan serta perkembangan politik semasa. Ia membolehkan rakyat mendapat maklumat objektif dan menyokong proses demokrasi yang sihat.
Kekuatan media untuk menjadi penjaga dan penyeimbang kerajaan dan perkembangan politik semasa berasal daripada tugas mereka sebagai pemegang amanah. Media mempunyai tanggungjawab untuk memberi laporan yang tepat, terperinci, dan kritikal mengenai tindakan kerajaan dan perkembangan politik semasa. Melalui penyelidikan, penyiaran, dan liputan berita yang telus, media mendedahkan rasuah, penyalahgunaan kuasa, dan tindakan salah perkembangan politik semasa yang boleh merosakkan kepentingan awam.
Bagaimanapun, kuasa media untuk menjadi penjaga dan penyeimbang kerajaan dan perkembangan politik semasa tidak dapat diwujudkan tanpa kebebasan media yang sebenar. Kebebasan media adalah hak asasi yang perlu dilindungi dan dipelihara untuk memastikan media dapat bertindak secara bebas dan tidak terikat oleh campurtangan politik atau kepentingan tertentu. Kegagalan untuk menjaga kebebasan media akan menyebabkan kehilangan satu mekanisme kritikal yang memastikan akauntabiliti dan ketelusan dalam pemerintahan. Kebebasan media antara komitmen Kerajaan Perpaduan, seperti yang telah diumum oleh Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan itu membolehkan kebebasan media tidak disekat dibawah pentadbiran Malaysia Madani, berbeza dengan regim pentadbiran sebelum ini.
Meskipun hari ini terdapat alternatif penyuara pendapat di alam maya (melalui Tik Tok dan Whatsapp), sebaran maklumat yang tidak benar dapat dikesan dengan mudah. Pengamal media membantu masyarakat memahami dasar-dasar, undang-undang, dan keputusan yang mempengaruhi kehidupan mereka. Dengan memberikan laporan yang objektif dan analisis yang kritikal, media memberi peluang kepada rakyat untuk membuat keputusan yang lebih berinformasi dan bertanggungjawab semasa mengundi. Mana-mana gelombang fitnah dan propaganda tidak dapat berkekalan dengan kekuatan media yang sentiasa berada dalam keadaan kritis berjaga-jaga.
Kekuatan media sebagai penjaga dan penyeimbang kerajaan dan perkembangan politik semasa tidak dapat dinafikan. Ia adalah suatu elemen penting dalam kehidupan berdemokrasi, membantu masyarakat membuat keputusan yang berinformasi dan melindungi kepentingan awam. Oleh itu, adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat untuk menyokong media yang bekerja dengan telus, bertanggungjawab, dan berintegriti dalam menjalankan tugas penting mereka. Dengan kekuatan media yang digunakan secara efektif, kita dapat membina masyarakat yang lebih demokratik, adil, dan berkembang di Malaysia.
Dalam konteks KEADILAN, kebebasan media merupakan agenda reformasi dan memberi amaran kepada mereka pengamal politik ‘old guard’, yang masih mempraktikan politik feudal tidak kira di sebelah kerajaan atau pembangkang. Pada satu masa dahulu, Suara KEADILAN sebagai lidah parti menjadi satu-satunya lidah menyuarakan ketidakadilan dalam negara sebelum kebangkitan rakyat pada 2008. Saya percaya ramai di kalangan kita yang berumur 40 tahun keatas masih ingat akbar Roket (kepunyaan DAP) dan Suara KEADILAN yang dijual di tempat awam seperti pasar malam dan kedai kopi.
Pengamal media adalah penting untuk masyarkat demokrasi yang sihat. Mereka adalah semak dan imbang kepada kerajaan. Mereka adalah suara rakyat. Mereka adalah penjaga kebebasan dan demokrasi.
Sumbangan pengamal media tidak dapat dinafikan.