Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) mengambil maklum akan perbincangan awam serta pandangan pelbagai pihak, termasuk pimpinan Kerajaan dan pakar industri, berhubung hala tuju pengeluaran dan penggunaan biodiesel di Malaysia.
Kementerian menyambut baik wacana sihat ini yang mencerminkan komitmen bersama ke arah memastikan kelestarian sektor tenaga dan jaminan bekalan komoditi negara.Program Biodiesel Negara sedang dilaksanakan pada peringkat B10 (sektor pengangkutan darat) dan sedang diperluaskan secara berperingkat kepada B20.
Pelaksanaan ini disokong secara mampan oleh ketersediaan rantaian bekalan sedia ada yang melibatkan 19 loji pengeluaran biodiesel berlesen yang membekalkan Palm Methyl Ester (PME) kepada 34 depot pengadunan di seluruh negara.Keupayaan loji pengeluaran biodiesel negara untuk menghasilkan biodiesel yang memenuhi standard kualiti antarabangsa mencerminkan tahap kesiapsiagaan industri, infrastruktur serta rantaian bekalan domestik. Keadaan ini mengukuhkan keyakinan bahawa Malaysia bersedia untuk melaksanakan peralihan kepada adunan biodiesel B20, selaras dengan aspirasi Dasar Agrikomoditi Negara 2021β2030 (DAKN 2030).
Selain daripada menggunakan minyak sawit mentah (CPO) sebagai bahan mentah bagi penghasilan biodiesel, Kerajaan juga menggalakkan penggunaanbahan mentah generasi kedua seperti minyak keladak (sludge palm oil) dan minyak masak terpakai (UCO) bagi penghasilan biobahan api seperti Sustainable Aviation Fuel (SAF) dan Used Cooking Oil Methyl Ester (UCOME).



