KERAJAAN CAMPURAN AMBIL MUDAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH BERKAITAN NEGARA DAN RAKYAT

  • April 5, 2023
  • 2 min read
KERAJAAN CAMPURAN AMBIL MUDAH DALAM MENYELESAIKAN MASALAH BERKAITAN NEGARA DAN RAKYAT

Parti Gerakan Rakyat Malaysia mengecam Kerajaan Campuran kerana ambil mudah dalam menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan negara dan rakyat.

Naib Presiden GERAKAN, Koo Shiaw Lee berkata Kerajaan hari ini dilihat mengamalkan pentadbiran sambil lewa dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah negara.

Jelas Koo, sebelum ini mengenai isu harga ayam, Menteri Ekonomi berkata jangan makan ayam, mengenai isu telur, Kerajaan kata jangan makan telur, cari makanan lain dan berhubung isu KWSP, Kerajaan suruh pinjam bank.

Terkini, bagi menyelesaikan isu ketagihan rokok elektronik, Kerajaan membuang cecair nikotin daripada bahan kawalan di bawah Akta Racun dan mengenakan cukai kepada penjual rokok elektronik.

“Ini menunjukkan Kerajaan sekarang tidak tahu menyelesaikan masalah, tetapi lebih mementingkan keuntungan daripada kesihatan rakyat. Tindakan tersebut tidak menyelesaikan masalah ketagihan malah menggalakkan lagi orang merokok”

“Ia berbeza dengan Kerajaan sebelum ini yang membuat jalan penyelesaian berkaitan rokok atau rokok elektronik dengan membuat Akta Larangan Merokok terhadap generasi muda serta jarak tiga meter untuk hisap rokok dari kedai makan” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kesan daripada sikap sambil lewa Kerajaan mengenai isu ketagihan rokok elektronik menyebabkan ramai generasi muda akan terus menghisap vape atau rokok elektronik dengan tanpa rasa bersalah, sekali gus akan ketagih dengan nikotin.

Beliau juga Ketua Penerangan GERAKAN menggesa Kerajaan menangani masalah negara dan rakyat dengan cara yang betul supaya tidak membebankan rakyat dan tidak merugikan negara.

KOO SHIAW LEE
NAIB PRESIDEN PARTI GERAKAN RAKYAT MALAYSIA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *