KERAJAAN HARUS MENINGKATKAN USAHA DALAM PELABURAN PERNIAGAAN-DANIAL BIN MARNOKARAN ABDULLAH.
Ekonomi Terjejas, Pelaburan Perniagaan Berkurang
Kuala Lumpur, 7 Jun 2024 – Kerajaan seharusnya memberikan fokus yang istimewa
kepada sektor usahawan khususnya SME’s berikutan kenaikan cukai yang diumumkan
Kbaru-baru ini. Menurut Presiden Parti Bersama, Danial bin Marnokaran Abdullah, menyatakan, “Keyakinan pengguna yang rendah boleh menyebabkan pengurangan dalam perbelanjaan dan ini akan menjejaskan ekonomi negara secara keseluruhan.”
Menurutnya lagi, langkah ini bukan sahaja menambah beban kewangan kepada pengguna tetapi juga mengurangkan pelaburan dalam perniagaan. “Kos operasi yang lebih tinggi boleh menyebabkan perniagaan mengurangkan pelaburan mereka, yang seterusnya boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi,” katanya.
Beliau juga menambah bahawa kerajaan perlu memberi lebih tumpuan kepada pelaburan
dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk meningkatkan ekonomi yang lebih
realistik dan mampan. “PKS adalah tulang belakang ekonomi negara dan perlu diberi
sokongan yang lebih kuat,” ujar Danial.
PKS atau SME merupakan penyelamat ekonomi negara jika diberikan focus atau perhatian yang sewajarnya sejajar dengan kesan negative ekonomi sedunia.
Dalam ekonomi sada itu, kerajaan juga perlu memastikan bahawa dasar-dasar ekonomi
mereka inklusif dan adil bagi semua lapisan masyarakat. “Pertumbuhan ekonomi yang
seimbang dan inklusif adalah kunci kepada kestabilan jangka panjang,” tambah beliau .
Ikuti kami lagi untuk berita-berita lanjut.