KPDN Pantau Pematuhan Larangan Jual Minyak Masak Peket 1 Kg Kepada Bukan Warganegara

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
terus mempergiatkan pemantauan serta penguatkuasaan bagi memastikan
pematuhan terhadap larangan penjualan dan pembelian minyak masak
bungkusan polibeg 1 kilogram kepada bukan warganegara Malaysia.


Ketika turun padang ke Pasar Raya Emart Matang bagi meninjau tahap
pematuhan terhadap pelaksanaan larangan tersebut, KPDN mendapati
urus niaga melibatkan minyak masak peket 1kg di premis berkenaan
adalah terkawal dengan bekalan berada pada tahap mencukupi.


Dalam lawatan tersebut, Notis Larangan Penjualan dan Pembelian Minyak
Masak Bungkusan Polibeg 1 kg kepada Bukan Warganegara Malaysia turut
diserahkan kepada Pengarah Urusan Pasar Raya Emart Matang, Ngu Ting
Sii sebagai peringatan berhubung pematuhan terhadap peraturan yang
berkuat kuasa.


Bagi tempoh mulai 1 Mac sehingga kini, sebanyak 13,564 pemeriksaan
berkaitan larangan penjualan dan pembelian minyak masak peket 1 kg
kepada bukan warganegara Malaysia telah dilaksanakan di seluruh negara.


Hasil pemeriksaan tersebut mendapati tiada tindakan kes direkodkan,
manakala hanya tujuh aduan diterima berhubung pelaksanaan larangan
tersebut.


Daripada jumlah itu, sebanyak 563 pemeriksaan telah dilaksanakan di
Sarawak dalam tempoh yang sama bagi memastikan pematuhan terhadap
larangan berkenaan. Hasil pemeriksaan mendapati tiada kes direkodkan di
Sarawak setakat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *