Parti BPN jalin usahasama negara Eropah dalam melonjakkan pembangunan ekonomi negara Malaysia
Kuala Lumpur, 28 Jun 2022 – Parti Barisan Penyatuan Nasional (BPN) akan menjalinkan kerjasama berkaitan ekonomi dengan negara Eropah dalam transformasi ekonomi dari segi IT, khususnya dalam pembangunan ‘foodbank’ di Malaysia.
Presiden BPN, Datuk Ibrahim Yahya berkata, pihak BPN akan bekerjasama dalam pembangunan ekonomi pertanian, supaya apabila masa akan datang, kita sudah bersedia sekiranya berlaku ‘krisis makanan’ di Malaysia.
“BPN bukan parti yang pentingkan kuasa, kami bangun sebagai rakyat Malaysia untuk membantu menaikkan ekonomi rakyat dan negara dari akar umbi, terutamanya golongan B40.
“Peranan BPN supaya rakyat Malaysia tidak merempat di negara sendiri, jadi peranan kami sangat penting untuk merealisasikan dan memainkan peranan penting kepada rakyat.
Tambah Ibrahim, kami juga akan menyediakan kedai runcit di setiap parlimen dalam menyediakan barangan asas, yang jika mereka tiada wang, mereka boleh berhutang dahulu.
“Setakat ini, ahli kami sudah sebanyak 5 juta ahli termasuk Sabah dan Sarawak, selain itu, kami juga ada menyediakan kad rawatan percuma di klinik-klinik pakar yang terpilih.
“Kami cuba mengatasi masalah bahan mentah supaya tidak perlu ‘import’ dari luar negara, dan kita tidak bergantung dengan makanan mentah dari negara luar.
Beliau turut menegaskan bahawa BPN tidak mahu parti politik lain untuk memandang kami adalah lawan mereka, agenda BPN adalah pembangunan ekonomi bukan ‘kuasa’.
“Saya berharap parti politik lain, faham apa agenda parti kami kerana kami ingin bergandingan bahu bukan untuk berlawan.
“BPN adalah sebuah parti yang bebas dari korupsi, bebas dari rasuah, kerana kita tahu jika adanya rasuah, negara tidak akan maju. Harapan kami dapat menyalurkan keseluruhan semua kepada rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media parti Barisan Penyatuan Nasional, hari ini. – UTVMediaMsia