Semua bank perlu amal standard keselamatan tinggi – Gerakan

  • June 11, 2022
  • 2 min read
Semua bank perlu amal standard keselamatan tinggi – Gerakan

KUALA LUMPUR: Presiden Nasional Parti Gerakan, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, walaupun Bank Negara (BNM) telah membuat kenyataan mengenai kes kecurian wang simpanan tetapi tindakan perlahan Bank Negara telah mengecewakan ramai rakyat.

Beliau bertanyakan kenapa BNM mengeluarkan kenyataan lewat setelah banyak kes kecurian wang simpanan berlaku di negara kita.

“Dalam kenyataan yang dikeluarkan semua bank perlu mengamalkan standard keselamatan yang lebih tinggi, terutamanya perkhidmatan perbankan di Internet.

“Bukan itu sahaja, Bank Negara juga perlu mengeluarkan arahan  kepada semua bank  untuk memberi layanan yang adil kepada pelanggan. Sebab, tanggungjawab untuk memastikan keselamatan akaun bank tidak sepatutnya diletakkan kepada pelanggan.”

Beliau membuat kenyataan di atas dalam satu kenyataan semalam.

Beliau percaya kes kecurian wang simpanan yang semakin berleluasa adalah disebabkan penguatkuasa undang-undang yang longgar.

Selain itu, kurang berita bahawa penahanan penjenayah yang terlibat dalam kes kecurian wang simpanan . Ini semua merupakan faktor yang menyebabkan masalah terus berlaku.

Beliau berkata, rakyat tidak berminat dengan kenyataan BNM. Rakyat mahu bank dan pengawal selia kewangan mengambil tindakan praktikal untuk melindungi wang simpanan mereka di dalam bank.

Beliau menggesa BNM perlu mengambil tindakan untuk menyiasat secara menyeluruh semua kes kecurian wang simpanan dan melancarkan pembaharuan mekanisme kawal selia kewangan. Pada masa yang sama, polis juga harus aktif menangani kes kecurian ini untuk mengelakkan lebih ramai orang menjadi mangsa tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *