Lulu Hypermarket sumbang RM5,000 & barangan kepada Pusat Kebajikan Sempena Deepavali

  • November 12, 2023
  • 2 min read
Lulu Hypermarket sumbang RM5,000 & barangan kepada Pusat Kebajikan Sempena Deepavali

Seramai tiga pusat masyarakat menerima sumbangan barangan dan wang tunai bernilai RM5,000 sempena sambutan perayaan Deepavali pada Khamis ini.

Tiga badan itu terdiri daripada Persatuan Kebajikan Am Awam, Persatuan Kebajikan Anak-Anak Selangor dan Pertubuhan Kebajikan Lindungan Ikhlas Kuala Lumpur.

“Ini adalah salah satu daripada program CSR kami setiap kali musim perayaan di mana melalui Kempen Deepavali Lulu ‘Giveaway’ yang bermula dari 3 hingga 9 November lalu, kami telah mengumpul barangan termasuk wang tunai untuk diserahkan kepada pertubuhan kebajikan khususnya bagi kaum India,” kata Pengurus Pemasaran Pasaraya Lulu, Encik Ahmad Sidqi Ghazali.

Menurutnya, kempen sumbangan derma dari orang ramai berlangsung selama dua minggu di mana selepas perayaan segala sumbangan yang diperoleh daripada 5 outlet Lulu di seluruh negara akan disalurkan seterusnya kepada  dua pusat kebajikan lain yang terpilih mengikut jumlah yang diterima.

Initiatif ini tidak terhenti pada hari perayaan Deepavali tetapi akan diteruskan selepas perayaan itu sehingga kempen berakhir pada kira-kira 17 November 2023 ini.

Tambah Ahmad Sidqi sambil berharap dapat mencapai sasaran untuk mengumpul  sumbangan dana mencapai  RM15,000 untuk dibahagikan kepada ketiga-tiga pusat kebajikan yang dipilih.

Menurutnya lagi, sumbangan itu bertujuan mendekati dan membantu serta memberi perhatian kepada masyarakat India dalam usaha mengeratkan lagi hubungan mesra dan penuh kasih sayang di antara satu sama lain.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat kepada Pertubuhan Kebajikan Lindungan Ikhlas,Dharshini a/p Rajendran yang hadir ketika ditemui memberitahu, sumbangan yang diberikan Lulu akan dimanfaatkan kepada kanak-kanak dan warga emas.

“Kami mempunyai kira-kira 25 orang penghuni  meliputi 18 kanak-kanak dan 7 orang dewasa yang majoritinya berbangsa India,” ujar Dharsini sambil bersyukur dengan sumbangan tersebut dapatlah penghuni di Pusat Pertubuhan Kebajikan Lindukan Ikhlas merayakan Hari Deepavali dengan gembiranya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *