Program JRM Bisa Bonar Berjaya Tarik 1,000 Pengunjung! Ketahui Rahsia Cantik Orang Dulu-Dulu
SEREMBAN 4 NOVEMBER 2023 – JRM Holistik Sdn Bhd merupakan sebuah
syarikat bumiputera yang diasaskan oleh Puan Rozita Ibrahim selaku Pengarah
Urusan dan telah ditubuhkan pada 1 November 2018.
JRM Holistik memfokuskan kepada formulasi dan kombinasi perawatan secara herba-herba eksklusif dari seluruh
pelosok dunia dan menjadikan formulasi herba JRM Holistik sangat istimewa.
Lebih menarik apabila setiap produk JRM Holistik ini mendapat sentuhan khas daripada pengasasnya yang dikenali sebagai Ratu Herba Malaysia iaitu Puan Rozita Ibrahim sendiri.
JRM Holistik Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan jualan produk antaranya
kosmetik, ubatan tradisional, herba dan makanan kesihatan serta perkhidmatan
seperti urutan, spa dan penginapan ini turut mempunyai rakan niaga terdiri daripada stokis dan pengedar di seluruh Malaysia.
Antara stokis yang menjalankan perniagaan di bawah jenama JRM Holistik ini ialah Olin Beauty Sdn Bhd (OBSB) yang diterajui oleh Puan Nazatul Azlin bersama barisan pimpinan beliau di Negeri Sembilan.
Tidak sekadar meminjam kehebatan nama Bonda Rozita Ibrahim, Puan Nazatul Azlin
yang lebih mesra dikenali sebagai Olin membuktikan beliau layak mengemudi legasi jenama ini di Negeri Sembilan khususnya apabila beliau menganjurkan Program JRM Biso Bonar untuk tahun kedua di Negeri Sembilan.
Dengan kehadiran lebih daripada 1000 orang peserta dari pelbagai daerah di Negeri Sembilan pada program kali ini, ia
memberikan petanda bahawa jenama JRM di Negeri Sembilan begitu dekat sekali di
kalangan pengguna.
Program JRM Biso Bonar yang bertujuan untuk memberikan pelbagai tip dan
perkongsian kesihatan dan kecantikan wanita sepanjang usia ini turut diserikan
dengan kehadiran isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, YABhg. Datin Seri Hajjah
Wan Hasni binti Wan Yusof sebagai perasmi majlis.
Beliau yang juga merupakan Yang
Dipertua BAKRIYAH Negeri Sembilan memaklumkan dalam ucapan perasmian beliau bahawa wanita secara amnya memainkan peranan penting dalam melaksanakan moto Malaysia Madani serta menjadi penggerak utama dalam pelbagai sektor ekonomi juga professional di Malaysia dan seluruh dunia.
Antara tetamu kenamaan yang turut hadir memeriahkan program ini ialah YBhg. Datin Suriani Yahya, Pengerusi Puspanita Cawangan Negeri Sembilan, Yang Berhormat Puan Noorzunita Begum, ADUN Pilah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan Yang Berhormat Tengku Hajah Zamrah, ADUN Ampangan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO serta isteri-isteri Yang Berhormat EXCO
Negeri Sembilan.
Program yang bermula pada seawal 8.00 pagi dan selesai kira-kira pukul 5.00 petang ini berlangsung dengan jayanya dengan pelbagai pengisian menarik seperti Bual Bicara Eksklusif ‘Cantik Dan Sihat: Orang Dulu VS Orang Sekarang’ oleh Bonda Rozita Ibrahim dan ceramah ‘Orang Hebat, Sihat Emosi oleh penceramah selebriti, Ustazah Asni Mansor.
Turut diadakan ialah Demostrasi Aplikasi Think Quran dan penerangan digital Think Quran oleh tetamu selebriti, Melissa Saila.
Selain itu, pelbagai renuai juga disediakan antaranya, Pemeriksaan Kesihatan Asas,
Pemeriksaan Kesihatan Mental (DASS), Urutan Rumah Hutan, Cabutan Bertuah,
Jualan Pecah Gudang pelbagai produk JRM serta banyak lagi pengisian menarik yang disediakan.
Puan Olin dalam ucapan beliau menyatakan tujuan Program JRM Biso Bonar, selain daripada membina jaringan kenalan yang berpengaruh ia juga dapat menjadi medium buat para peminat tegar dan pengguna JRM supaya membeli produk ini melalui ejen dan pengedar sah di seluruh Negeri Sembilan.
Beliau turut mempelawa para wanita
terutamanya di kawasan pedalaman sekitar Negeri Sembilan untuk menjadi pengedar produk JRM ini seterusnya dapat menjana ekonomi keluarga kecil mereka.
Puan Olin bersama tim Nogori Ohsem dan Olin Beauty Sdn Bhd juga dalam perancangan memperbanyak program berunsur kebajikan dan tanggungjawab sosial korporat agar dapat memberi kembali kepada komuniti terutamanya golongan wanita yang memerlukan.
Bagi memulakan usaha itu dan sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestine yang sedang dilanda krisis peperangan sekarang, Olin Beauty Sdn Bhd turut menyumbang sebanyak RM10,000 kepada Tabung Prihatin Palestine Kerajaan Negeri Sembilan yang disampaikan oleh Puan Olin kepada wakil Kerajaan Negeri Sembilan seusai perasmian Program JRM Biso Bonar.
Mereka yang berminat untuk menjadi pengedar atau mendapatkan info berkaitan produk boleh melayari laman sesawang www.jrmbisobonar.com.my atau hubungi tim Olin Beauty Sdn Bhd di talian 011-5752 2610.