Majlis Pelancaran Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa (JMKMSiswa)
BANGI, 19 Oktober 2022 – Sebanyak RM1.2 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan bagi pelaksanaan program Jualan Murah Keluarga Malaysia Siswa (JMKMSiswa) di 20 universiti awam seluruh negara melalui 13 koperasi dan tujuh (7) pusat Oktober 2022 hingga
18 Disember 2022.
Program ini menawarkan insentif diskaun harga barangan sehingga 20% kepada mahasiswa bagi pelbagai barangan keperluan harian pelajar seperti makanan kering, buku, alat tulis, tambah nilai prabayar komunikasi, barangan kegunaan harian dan sebagainya.
Majlis pelancaran JMKMSiswa telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar,
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Panggung Seni, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Objektif JMKMSiswa ini adalah untuk membantu meringankan beban kos sara hidup
di kalangan mahasiswa yang semakin meningkat terutamanya ketika permulaan
semester baharu di universiti. Program ini. rerupakan inisiatif susulan untuk membantu
smeringankan kos sara hidup mahasiswa hisil keprihatinan kerajaan dan maklumbalas
poşiti orang ramai kepada Porgram Ja
Murah Keluarga Malaysia.
Dalam majlis yang sama, Tan Sri Noh On ar turut menzahirkan komitmen KSKOP
untuk terus menerapkan budaya keusanawanan dan berkoperasi dalam kalangan mahasiswa universiti melalui program seperti KUSKOP in Campus.
Program dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (PT) dan agensi di bawah KUSKOP sepertiSuruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), istitut Koperasi Malaysia (IKMa), Institut Keusahawan Negara (INSKEN) dan ANGASA ini, menawarkan program galakan serta pembudayaan keusahawanan dan koperasi dengan kerjasama Universiti. Ia
adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk membangunkan mahasiswa dengan
nilai keusahawanan yang berkemahiran dan berdaya saing.
Antara pengisian menarik majlis pelancaran JMKMSiswa adalah jualan murah
barangan keperluan Keluarga Malaysia, pameran agensi, gerai jualan oleh pelajar
serta jualan food truck. KUSKOP yakin program seumpama ini dapat membantu meringan beban perbelanjaan mahasiswa selain mewujudkan situasi menang- menang kepada mahasiswa dan pengusaha koperasi dan pusat keusahawanan di universiti awam.