Majlis penutupan kursus penyelamatan pasukan SERVE RESCUE

  • October 24, 2022
  • 1 min read
Majlis penutupan kursus penyelamatan pasukan SERVE RESCUE

Kerajaan Negeri Selangor melakarkan sejarah dengan penamatan latihan kumpulan pertama Pasukan SERVE Rescue dengan Kerjasama
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor.

Pasukan SERVE Rescue ini berada dibawah penyeliaan Majlis Sukan Negeri Selangor.


SERVE Rescue ini merupakan pasukan sukarelawan yang akan bergerak seiring bersama Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor bagi melaksanakan misi apabila berlakunya bencana banjir.


Pada hari ini, seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada ahli Sukarelawan Selangor telah menamatkan latihan selama lima hari bersama para jurulatih daripada Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor.

Majlis Penyerahan Sijil Tamat Latihan pada hari ini telah disempurnakan oleh YAB.


Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.


Di sepanjang tempoh selama lima hari ini, para pelatih SERVE Rescue telah didedahkan dengan beberapa modul latihan;

Penyelamatan Di Air

Penggunaan Tali Menyelamat

Teknik CPR dan Chocking

Asas Renang Dan Pengendalian Bot

Kerajaan Negeri Selangor akan menjalankan Kursus Latihan bagi Kumpulan Kedua pada bulan Disember 2022, manakala kumpulan pertama yang menamatkan latihan pada hari ini akan meneruskan latihan modul kedua.


Kerajaan Negeri Selangor memanggil orang awam terutamanya golongan generasi muda untuk menyertai pasukan SERVE Rescue dengan mendaftarkan diri di www.msnselangor.gov.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *