MySetiawangsa tawar tukar minyak hitam secara percuma kepada penunggang motosikal

  • October 24, 2022
  • 2 min read
MySetiawangsa tawar tukar minyak hitam secara percuma kepada penunggang motosikal

22 Oktober 2022 KUALA LUMPUR – NGO MySetiawangsa menganjurkan Program Tukar
Minyak Hitam Percuma kepada penunggang motosikal.

Majlis pada malam ini akan disempurnakan oleh Y.Bhg, Dato’ Mohd Irwan Rizal bin Mohd
Ali Napiah selaku Presiden MySetiawangsa.

Inisiatif pemberian Minyak Hitam Percuma adalah merupakan siri pertama yang dianjurkan oleh MySetiawangsa.

Sebelum ini MySetiawangsa telah mengadakan program pemberian Petrol Percuma yang
telah diadakan sebanyak 5 siri bermula sebelum daripada PKP lagi.

Siri Petrol Percuma 5.0 telah diadakan pada 16 Oktober 2022 yang lepas.

Program julung-julung kali yang dianjurkan oleh MySetiawangsa ini adalah kesinambungan
daripada inisiatif sebelumnya yang bertujuan untuk membantu golongan yang terkesan
akibat pandemik Covid-19 yang lalu dan juga golongan yang terkesan dengan kenaikan
harga barang yang tidak menentu ketika ini khususnya kepada penunggang motorsikal,
Phailing, Frontliner dan yang lainya.

Disamping program utama Tukar Minyak Hitam Percuma, pada malam ini juga turut
diselangi dengan program santai bersama Komuniti Setiawangsa iaitu menonton secara LIVE AFC CUP 2022 FINAL antara Kuala Lumpur City menentang Al-Seeb.

Turut bersama-sama menjayakan program ini adalah rakan strategik MySetiawangsa yang
terdiri daripada Jabatan Penerangan Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaaan (AADK)
Daerah Sentul, Komuniti Keluraga Malaysia Parlimen Setiawangsa dan juga Pusat Ekonomi
Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Parlimen Setiawangsa.

Penampilan istimewa pada program kali ini adalah Putri Sarah Liyana, Putera Amaris dan
juga Tam Suhaimi yang akan sama-sama membantu dan memeriahkan lagi Program Tukar Minyak Hitam Motorsikal Percuma yang dianjurkan oleh MySetiawangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *