Mantan presiden MIC, Samy Vellu meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Mantan Presiden MIC, Tun S Samy Vellu menghembuskan nafas terakhir pada usia 86 tahun di kediamannya kira-kira jam 8 pagi di Jalan Ipoh, di sini.
Berita duka itu dikongsi bekas presiden MIC, Dr. S Subramaniam melalui catatan Facebooknya sebentar tadi.
Samy Vellu merupakan Ahli Parlimen Sungai Siput dari tahun 1974 hingga 2008. Beliau juga berkhidmat sebagai Menteri Kerja Raya dari tahun 1983 hingga 1989 dan sekali lagi dilantik jawatan yang sama dari tahun 1995 hingga 2008.
Beliau adalah presiden MIC paling lama berkhidmat selepas memegang jawatan itu selama 31 tahun dari tahun 1979. Beliau juga merupakan salah seorang menteri paling lama berkhidmat dan telah berada dalam Kabinet selama 29 tahun.