Ejen jualan kosmetik diculik, punca utama membabitkan perselisihan ahli sindiket dadah

  • September 15, 2022
  • 1 min read
Ejen jualan kosmetik diculik, punca utama membabitkan perselisihan ahli sindiket dadah

KOTA BHARU: Punca utama seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Kampung Semat Jal, petang kelmarin dipercayai berpunca daripada perselisihan di antara ahli sindiket dadah.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, menerusi siasatan awal pihaknya mendapati suami Rosnazirah Mohd Naim terbabit dengan aktiviti sindiket dadah.

Sehubungan itu, pihak polis telah menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan seorang wanita berusia 35 hingga 47 tahun berkait kes penyeludupan dadah, semalam.

“Kita sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa berusia 36 tahun dan usaha ke arah itu giat dilakukan.

“Bagi kes ini, polis percaya tiada pembabitan pihak lain kerana kita percaya kejadian ini berlaku akibat perselisihan di kalangan ahli sindiket.

“Suami mangsa berusia 36 tahun yang bekerja sebagai nelayan mempunyai dua rekod jenayah lampau, manakala seorang lagi lelaki mempunyai tujuh rekod jenayah. Kesemua mereka ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini” ujar beliau pada sidang media di sini, hari ini.

“Kita sudah mengadakan perbincangan dan satu operasi khas dilancarkan bagi menyelamatkan wanita berkenaan. Kita percaya wanita berkenaan dalam keadaan selamat.

“Pihak berkuasa Thailand juga memberi maklum balas positif bagi mengesan mangsa yang dipercayai berada di negara berkenaan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *