MBPJ BUKA KAUNTER BERGERAK SEMPENA MUSIM PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN PENGGAL 1 TAHUN 2023
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ) akan membuka kaunter bergerak EZPay sepanjang bulan Februari ini sempena Musim Pembayaran Cukai Taksiran Penggal 1 Tahun 2023 yang akan berakhir pada 28 Februari 2023. Inisiatif ini merupakan usaha dan langkah pihak Majlis untuk mengurangkan kesesakan di kaunter ibu pejabat pada waktu puncak terutamanya.
Di samping itu, kaunter bergerak ini juga diharap dapat memberi kemudahan serta menggalakkan orang awam untuk hadir ke kaunter bergerak yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka tanpa ke kaunter-kaunter utama yang lain. Antara kawasan-kawasan yang akan dilawati sepanjang bulan Februari ini adalah seperti berikut:
BIL TEMPAT HARI TARIKH MASA
1
Jalan Cempaka SD 12/1, berhadapan McDonald’s
Sabtu / Ahad
4-5 Feb 2023
10.00 pg – 2.00 ptg
2
Jalan PJU 5/14,
berhadapan pintu masuk Sunway Giza Mall
Selasa / Rabu
7-8 Feb 2023
3 Jalan SS 24/8, Berhadapan Pasar Taman Megah SS 24 Sabtu / Ahad
11-12 Feb 2023
4
Jalan PJS 8/6, Berhadapan Mr. DIY
Selasa / Rabu
14-15 Feb 2023
5
Jalan SS 2/60, Hujung Medan Selera MBPJ SS2
Sabtu / Ahad
18-19 Feb 2023
6
Jalan SS 6/3, Simpang berhadapan KFC
Selasa / Rabu
21-22 Feb 2023
7
JALAN PJU 1A/48, bersebelahan McDonald’s Citta Mall
Sabtu / Ahad
25-26 Feb 2023
(KEMPEN CUKAI)
Bersempena dengan Musim Pembayaran Cukai Taksiran Penggal 1 Tahun 2023 ini juga, operasi kaunter di Ibu Pejabat dan Pejabat Cawangan MBPJ akan dibuka pada setiap Sabtu sepanjang bulan Februari bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja.
Diharapkan dengan adanya hebahan ini akan melancarkan segala urusan dan perancangan yang telah dirancang oleh Majlis seterusnya memberikan kemudahan kepada orang awam untuk berurusan tanpa perlu hadir ke ibu pejabat MBPJ. Walau bagaimanapun dalam masa sama, Majlis amat menggalakkan orang awam untuk membuat semakan dan bayaran secara dalam talian dengan melayari https://ecukai.mbpj.gov.my/mbpjesalinanbil dengan menggunakan aplikasi eCukai@MBPJ atau laman ePay@MBPJ.
Sehubungan dengan itu, mohon jasa baik pihak media untuk membuat hebahan kepada orang ramai tentang inisiatif Majlis ini. Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih.