LAPORAN PASUKAN PETUGAS KHAS SEMAKAN UNDANG-UNDANG KES KEDAULATAN BATU PUTEH, BATUAN TENGAH DAN TUBIR SELATAN
- Menurut Peguam Negara, Jemaah Menteri berpendapat tindakan untuk menarik balik
kedua-dua Permohonan Semakan ke atas keputusan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan
Tengah dan Tubir Selatan dan Permintaan Tafsiran ke atas keputusan yang sama adalah
tidak teratur dan tidak wajar. 2. Keputusan itu dibuat susulan pembentangan Laporan Pasukan Petugas Khas Semakan
Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan (Pasukan
Petugas Khas) (“Laporan Petugas Khas”) - Adalah diingatkan bahaw6a seterperinci mana pun Laporan Petugas Khas tersebut, Tun Dr
Mahathir tidak sekelumit pun memberi sebarang keterangan kerana dari awal lagi
membantah penubuhan Pasukan Petugas Khas tersebut yang diketuai oleh bekas Peguam
Negara Tan Sri Apandi Ali atas dasar ‘konflik kepentingan’. 4. Tun Mahathir telah berulang kali menyatakan bantahan tersebut dan memaklumkan akan
memberi kerjasama bagi membantu siasatan, namun demikian, bantahan tersebut telah
tidak diendahkan (fell on deaf ears). 5. Oleh itu, Laporan Khas tersebut dianggap tidak lengkap, tidak teratur dan wajar dipersoal
isi kandungannya yang bersifat berat sebelah dan penuh niat tidak baik.