MEMBINA BUDAYA INOVASI WARGA KKDW

  • December 13, 2022
  • 2 min read
MEMBINA BUDAYA INOVASI WARGA KKDW


Dalam usaha menyemarakkan budaya inovasi dalam kalangan warga kerja, Kementerian
Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menganjurkan Hari Inovasi 2022 sebagai menghargai
inisiatif Agensi, Bahagian dan Unit di bawah KKDW mentransformasikan perkhidmatan awam
untuk merealisasikan agenda pembangunan luar bandar.
Menurut Ketua Setiausaha KKDW, Datuk Seri Ramlan Datuk Harun, kepelbagaian produk
inovasi membantu meningkatkan kecekapan perkhidmatan untuk manfaat kepada masyarakat.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis berkenaan di bangunan kementerian
tengahari tadi.
Tujuh kategori anugerah kualiti dan inovasi dipertandingkan dalam kalangan KKDW dan agensi
dibawahnya iaitu;

  • ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM KATEGORI PENGURUSAN
    Tempat pertama diraih Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dengan inovasi
    membangunkan Sistem E-Perjalanan yang mempercepatkan urusan permohonan warga KEDA
    yang terlibat dengan urusan luar kerja.

Tempat kedua Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) melalui SISTEM PEROLEHAN
yang direka untuk memudahkan proses perolehan dan menjimatkan penggunaan kertas.
Manakala tempat ketiga dimenangi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) melalui
SISTEM PENGURUSAN PERJANJIAN yang berfungsi sebagai pangkalan data untuk semua
urusan perjanjian melibatkan anah, rumah, sewaan dan sebagainya.

  • ANUGERAH INOVASI PERKHIDMATAN AWAM KATEGORI TEKNIKAL
    Tempat pertama Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Kota
    Tinggi mencipta INOVASI PITA PINTAR. Alatan yang mempunyai pelbagai fungsi seperti ukur lilit
    pokok getah, jadual keremajaan pokok, kaedah buka panel torehan, panduan kawalan tanda kulit
    bulanan dan imbasan QR-Code bagi merekod ukur lilit.
    Tempat kedua MRSM Terendak dengan LIGHTNING ALARM DANGEROUS STRIKE ALERT
    SYSTEM-LADSA. Sistem ini digunakan untuk memberi amaran kepada orang di sekeliling tentang
    kehadiran panahan kilat berbahaya yang membolehkan mangsa sempat mencari perlindungan
    untuk menyelamatkan nyawa.
    Tempat ketiga PERDA-TECH dengan Aplikasi Automasi Rumah Pintar (Smart Home) dalam
    industri penternakan. Sistem bersepadu IOT membantu dalam memantau dan mengawal atribut
    rumah seperti pencahayaan, persekitaran sekitar termasuk keselamatan dan sistem penggera.
  • ANUGERAH KUALITI PENGURUSAN PERPUSTAKAAN TERBAIK
    Pula diungguli Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tempat kedua Lembaga Kemajuan Terengganu
    Tengah (KETENGAH) dan tempat ketiga Institut Kemajuan Desa (INFRA).
  • ANUGERAH KUALITI TADBIR URUS BAHAGIAN TERBAIK
    Diraih Bahagian Pengurusan Sumber Manusia manakala tempat kedua Bahagian Akaun dan
    tempat ketiga Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah.
  • ANUGERAH KUALITI PENGURUSAN PEJABAT KKDW NEGERI TERBAIK
    Dimenangi PKN Johor, tempat kedua PKN Utara dan ketiga PKN Sarawak.
  • ANUGERAH KUALITI PENGURUSAN PUSAT KOMUNITI DESA (PKD) TERBAIK
    Tempat pertama PKD Layang-Layang, Johor, kedua PKD Air Putih, Terengganu dan tempat
    ketiga PKD Sungai Lang Tengah, Selangor.
  • ANUGERAH KUALITI PENILAIAN OUTCOME TERBAIK
    Tempat pertama RISDA dengan Pembangunan Infrastruktur Pemasaran (PIP) Zon Timur, Tempat
    Kedua MARA melalui Program Pembangunan Usahawan Professional (ProSPEC) dan tempat
    ketiuga MARA dengan Industry Boot Camp (IBC).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *