PENGUAT KUASA KPDN BERJAYA MENUMPASKAN AKTIVITI PENYELEWENGAN MINYAK DIESEL BERSUBSIDI

  • December 13, 2022
  • 2 min read
PENGUAT KUASA KPDN BERJAYA MENUMPASKAN AKTIVITI PENYELEWENGAN MINYAK DIESEL BERSUBSIDI


PUTRAJAYA, 13 Disember 2022 – Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menumpaskan aktiviti
penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam satu serbuan yang
dilakukan ke atas sebuah premis tanpa nama yang disyaki menjalankan
aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang,
Selangor pada 12 Disember 2022.

  • Serbuan dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa daripada
    KPDN Putrajaya bermula kira-kira jam 1.15 petang. Ketika serbuan
    dilakukan tiada individu/orang ditemui berada di dalam premis terbabit
    namun terdapat sebuah lori yang didapati telah diubahsuai dan dua (2) buah
    tangki (skid tank) yang berada di dalam premis terbabit.
  • Hasil pemeriksaan lanjut ke atas lori dan tangki (skid tank) terbabit,
    pasukan serbuan telah menemukan minyak diesel dengan kuantiti
    keseluruhan berjumlah 23,325 liter selain pam bermotor, sebuah kereta dan
    beberapa peralatan lain yang digunakan untuk kegiatan penyelewengan
    minyBERSUBSIDI
  • Minyak diesel, kenderaan lori dan kereta serta peralatan-peralatan lain
  • yang ditemui di lokasi serbuan telah disita bagi tujuan siasatan lanjut. Nilai
  • keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 102,000.00.
  • Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang
  • dilakukan di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi mengenalpasti
  • individu/syarikat yang terlibat dalam aktiviti ini serta rantaian pengedaran
  • minyak diesel tersebut termasuklah sumber minyak diesel ini diperolehi dan
  • diedarkan.
  • KPDN ingin memberi amaran keras terhadap mana-mana
  • individu/syarikat yang berkaitan agar sentiasa mematuhi perundangan yang
  • telah ditetapkan. Mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh
  • diambil tindakan di bawah AKB 1961 dan jika disabitkan boleh didenda tidak
  • lebih RM 1,000,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Juta) manakala bagi
  • kesalahan berikutnya tidak melebihi RM 3,000,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga
  • Juta) bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau
  • kedua-duanya sekali manakala bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan
  • boleh didenda tidak melebihi RM 2,000,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Juta)
  • manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5,000,000.00
  • (Ringgit Malaysia Lima Juta).
  • Selain itu, syarikat ini juga akan disiasat di bawah Akta Pencegahan
  • Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil
  • Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613) iaitu
  • kesalahan pengubahan wang haram bagi tujuan mengesan, membeku,
  • menyita serta sehingga ke peringkat perlucutanhak ke atas apa-apa hasil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *