Tuesday, 10 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Kembara Al-Haramain 2027 Bawa Misi Pengukuhan Iman ke Mekah, Madinah dan QatarDecathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

MEMBINA JAMBATAN EKONOMI MALAYSIA-UK MENERUSI FRANCAIS & PELANCONGAN

London, 4 Jun 2025 – Lawatan Timbalan Menteri Malaysia di London diteruskan dengan mengadakan Dialog Perniagaan Francais: Malaysia– United Kingdom, yang menjadi wadah penting untuk memperkukuh hubungan ekonomi dua hala, khususnya dalam sektor francais yang kian berkembang pesat.

Malaysia komited untuk memperkasa ekosistem francais negara
melalui pelaksanaan Dasar Francais Negara 2030, pembiayaan MARA, geran digital oleh MDEC, dan sokongan TVET yang
berterusan. Sasaran kita adalah jelas untuk mencapai RM100 bilion jualan francais menjelang 2030.

Malaysia turut membuka pintu kepada francais dari United Kingdom untuk meneroka potensi besar pasaran ASEAN melalui
Malaysia. Dalam masa yang sama, kita berusaha memperluas lagi kehadiran jenama francais Malaysia ke pasaran UK yang
bernilai lebih £19 bilion setahun.

Sehubungan itu, satu cadangan telah dikemukakan untuk menjadikan sektor francais sebagai fokus utama dalam
Malaysia–UK SME Working Group di bawah Joint Economic and Trade Committee (JETCO). Usaha ini bakal diformalkan sebagai
satu platform sokongan strategik bagi membantu jenama Malaysia menembusi pasaran UK secara lebih menyeluruh
menjelang 2026.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *