Tuesday, 10 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Kembara Al-Haramain 2027 Bawa Misi Pengukuhan Iman ke Mekah, Madinah dan QatarDecathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

Meninggal dunia selepas terima rawatan, keluarga mangsa berang depan Hospital Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 17 Mei 2022 – Sebuah keluarga berang depan Hospital Kuala Lumpur untuk menuntut keadilan terhadap salah seorang ahli keluarganya bernama Thamil Selvan A/L Muniandy dipercayai telah meninggal dunia pada 2 Januari 2019 selepas mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Menurut waris mangsa, mengatakan bahawa abangnya (mangsa) meninggal dunia setelah dipercayai di suntik dengan tambahan darah setelah diberitahu oleh pihak hospital bahawa mangsa kekurangan darah.

“Malangnya, selepas sahaja suntikan darah tersebut diberi, badan abang saya (mangsa) mengalami bitnik-bintik merah, bengkak di bahagian kemaluan dan dalam keadaan kritikal.

“Selepas kejadian tersebut, keluarga kami dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa darah tersebut telah dijangkiti kuman dan mengakibatkan abang (mangsa) terus meninggal dunia.

“Telah masuk 3 tahun 5 bulan tetapi masih belum dapat jawapan punca dan sebab kematian.

Keluarga mangsa telah diberikan sijil namun dinyatakan bahawa ‘pending’ selama 3 tahun setelah berlaku kejadian tersebut, ini membuatkan keluarga mangsa menjadi berang dan marah di hadapan Hospital KL.

Turut hadir, Aktivis Sosial, Dato’ Dr Kalai Vanar berkata, pihaknya akan memgambil tindakan yang seterusnya jika pihak hospital tidak beri kerjasama.

“Kami bukan ingin tahu proses buat aduan, namun kami ingin tahu punca kematian abang mangsa tersebut, sebelum ini mereka juga telah melakukan proses yang sepatutnya, namun masih tidak dapat jawapan sehinga kini sudah hampir 3 tahun, ini sangat tidak munasabah,”katanya. – UTV Media Msia

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *