Lestarikan Kerohanian Bersama Garden of Eid Festival (GOE)

  • May 17, 2022
  • 3 min read
Lestarikan Kerohanian Bersama Garden of Eid Festival (GOE)

Raihan, Naim Daniel, Datuk Jamal Badillah dan Faizal Tahir beralun muzik kerohanian
manakala
Ahmad Dhani bakal mempersembahkan Malam Munajat Cinta sebagai penutup

Buat julung kalinya, dengan suasana endemik di Malaysia, Kuala Lumpur Garden of Eid festival 2022 mempersembahkan sebuah festival yang bersifat Islamik namun santai dan menghiburkan.

Diberi nama Garden of Eid Festival, ia diilhamkan bersempena terjemahan aksara Garden yang membawa maksud taman yang digambarkan dalam Al Quran sebagai Jannah atau syurga.

Garden of Eid Festival juga menjadi acara yang meraikan dua perayaan terbesar umat Islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Festival ini menepati konsep festival yang melestarikan kerohanian dan agama namun disampaikan dalam perayaan yang lebih santai dan mesra. Justeru, ia menampilkan pendekatan termasuk hiburan yang sesuai syariah sekaligus mengusung pendidikan bermanfaat buat semua lapisan masyarakat.

Menggabungkan barisan selebriti popular diketuai oleh kumpulan yang banyak mengharumkan nama negara lewat alunan muzik kerohanian, Raihan, Garden of Eid Festival juga disemarakkan dengan nama nama yang sentiasa membesarkan mesej positif dalam setiap karya yang dihasilkan. Mereka adalah Datuk Jamal Abdillah, Faizal Tahir dan Naim Daniel serta Altimet (selaku hos) yang akan muncul dalam persembahan kerohanian pada 28 Mei 2022, 8.30 malam di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur.

Manakala sebagai malam penutup Garden Of Eid, buat julung kalinya, Ahmad Dhani diterbangkan khas dari negara jiran untuk muncul dalam sebuah persembahan ‘Malam Munajat Cinta’ pada 29 Mei 2022, 8.30 malam di Panggung Anniversari. Pastinya para pecinta muzik dan elemen kerohanian merindui kemunculan pemuzik handalan ini dan tidak mahu ketinggalan menyaksikan persembahan yang akan mempamerkan kelainan dan keistimewaan tersendiri.

Tidak semata mata mengangkat hiburan, festival ini turut menonjolkan gaya hidup masyarakat masa kini tanpa membelakangkan agama dan kekal dengan nilai nilai murni lewat pelbagai aktiviti untuk generasi muda seperti pertandingan papan seluncur (skateboarding).

Malah, pendekatan pendidikan kanak kanak juga disuntik secara santai dengan kemunculan karakter animasi Islamik yang sudah mendunia iaitu Omar & Hana, Didi & Friends serta Ejen Ali.

Dengan tema The Great Reunion (metafora kepada kegembiraan selepas berjaya mengharungi pelbagai rintangan dunia termasuk kepayahan melewati fasa pandemik), festival ini dijadualkan berlangung selama tiga hari bermula 27 sehingga 29 Mei 2022.

Turut mengisi jadual selama tiga hari bermula 10 pagi sehingga 10 malam festival berlangsung adalah sesi perkongsian motivasi & bual bicara santai tentang kemanusian & pendidikan islam secara general. DI segment ini kolaborasi bersama Qalby, islamik aplikasi oleh Mizz Nina & Ahlan Academy.

Jika sudah namanya festival, tidak lengkap ia tanpa ‘makan makan’. Makan beragam jenis juadah yang berkonsepkan ‘Flavors of Malaysia’ dijual dari food truck akan memenuhi cita rasa pengunjung.

Dan menjadi bonus, budaya sambutan perayaan dari beberapa negara Nusantara dan jiran termasuk Brunei, Indonesia dan Thailand siap menyapa pengunjung.

Garden of Eid berharap karnival ini dapat dijadikan acara tahunan bagi merancakkan ekonomi, menaikkan industri seni dan menjadi produk pelancongan (halal tourism) bagi Kuala Lumpur Malaysia. Garden of Eid sudi membuka peluang kepada Kementerian Wilayah Persekutuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mendukung acara ini buat masa hadapan. Sekaligus kepada Kementerian Pelancongan Malaysia untuk bekersama di masa akan datang bagi menyajikan program – program yang dianggap dapat menarik pelancong – pelancong luar untuk mempelajari cara – cara sambutan Aidilfitri juga budaya – budaya di Malaysia.

Meski negara sudah memasuki fasa endemik, festival yang menjangkakan kehadiran masyakarat dari pelbagai latar belakang dan negara ini dipastikan mematuhi segala peraturan dan SOP yang ditetapkan kerajaan sebagai langkah mengekang sekaligus menghapuskan rantaian COVID 19.

UNTUK KETERANGAN LANJUT, BOLEH LAWATI SOSIAL MEDIA atau LAMAN WEB GARDEN OF EID

FESTIVAL GARDEN OF EID AKAN BERMULA 27 MEI HINGGA 29 MEI, DI TAMAN BOTANI PERDANA, KUALA LUMPUR MULAI PUKUL 10 PAGI HINGGA 10 MALAM.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *