MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (WILAYAH PERSEKUTUAN)TERIMA PENGIKTIRAFAN TADBIR URUS BAIK GLOBAL DI GLOBAL GOODGOVERNANCE AWARDS 2025 ANJURAN CAMBRIDGE IFA

  • May 13, 2025
  • 1 min read
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (WILAYAH PERSEKUTUAN)TERIMA PENGIKTIRAFAN TADBIR URUS BAIK GLOBAL DI GLOBAL GOODGOVERNANCE AWARDS 2025 ANJURAN CAMBRIDGE IFA


YB Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah
Persekutuan), telah menerima 3G Leadership Award for Government Sector
(Individual) 2025 sempena Majlis Anugerah Tadbir Urus Baik Global ke-10 (Anugerah
3G) 2025 yang berlangsung di Brunei Darussalam pada 13 Mei 2025.


Anugerah ini diberikan berdasarkan penilaian profesional oleh Cambridge IFA sebagai
pengiktirafan terhadap kepimpinan YB Menteri dalam memperkukuh amalan tadbir
urus yang berintegriti, inklusif dan berpaksikan rakyat di Wilayah Persekutuan Sebanyak 19 penerima daripada 15 buah negara telah diraikan dalam majlis berprestij
ini, yang menghimpunkan tokoh-tokoh utama daripada sektor kerajaan dan korporat
dari seluruh dunia, termasuk Petronas Dagangan Berhad dan Kastam Dubai.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza
bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Brunei Darussalam dan disaksikan oleh Profesor Dr. Humayon Dar, Pengerusi
Cambridge IFA.

Pengiktirafan antarabangsa ini turut mencerminkan komitmen Malaysia secara amnya, dan Wilayah Persekutuan secara khususnya, dalam memajukan reformasi
pentadbiran sektor awam serta menyokong prinsip kelestarian bandar selaras dengan
nilai-nilai Malaysia MADANI.


Majlis penganugerahan ini merupakan sebahagian daripada Sidang Kemuncak Tadbir Urus Baik Global 2025 anjuran Cambridge IFA, dengan kerjasama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), bertemakan
“Transformative Governance for Health, Environment and Community Sustainability”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *