Wednesday, 11 November 2026BERITA · PERSPEKTIF · KOMUNITI
TERKINI
Kembara Al-Haramain 2027 Bawa Misi Pengukuhan Iman ke Mekah, Madinah dan QatarDecathlon Merdeka 118 Tawar Pengalaman Baharu, Himpunkan Lebih 60 Jenis Sukan Di Bawah Satu BumbungPemimpin global bersidang perkasakan perniagaan di World Marketing Summit Malaysia 20262000 kotak pemberian Barangan Deepavali inisiatif khas buat penduduk Parlimen Ampang.

Portal Inspirasi Rakyat Malaysia

RUANG IKLAN · 728 × 90

Dr. Kalaivanar Dedah ‘Penjajahan Ekonomi’ Asing di Bukit Bintang

Kuala Lumpur – Ketua Aktivis Nambikkai Kebangsaan, Datuk Dr. Kalaivanar, mencetuskan perhatian ramai apabila membuat serbuan mengejut di Bukit Bintang, mendedahkan isu lambakan warga asing yang semakin menguasai perniagaan di kawasan tersebut.

Team Terjah Dato Dr.Kalaivanar

Dalam siaran langsung yang tular, beliau melawat beberapa premis disyaki milik warga asing, termasuk sebuah kedai yang pemiliknya meragukan – didakwa milik warga Bangladesh tetapi kemudiannya dikatakan milik seorang Cina tempatan. Kekeliruan ini menimbulkan persoalan besar tentang pemilikan sebenar dan ketelusan pemberian lesen perniagaan.

“Tiga bulan saja cukup kalau saya jadi menteri, saya akan bersihkan semua ini,” tegas Dr. Kalaivanar, sambil membidas keadaan premis yang tidak mematuhi standard – tiada tanda harga, makanan dibiarkan terbuka, dan kawalan kesihatan yang longgar.” – Dato Kalaivanar

Beliau juga meluahkan kekecewaan terhadap penguatkuasaan lemah yang menurutnya membenarkan warga asing menguasai ekonomi setempat, menyebabkan warga tempatan tersisih.

“Kawasan ini dulunya milik Melayu, Cina dan India tempatan. Sekarang warga asing lebih ramai, dan persaingan tidak adil pun berlaku,” katanya lagi.

Beliau turut menegur agensi seperti Imigresen, Kastam, KPDN dan MKN yang didakwa gagal bertindak tegas. Tegasnya, ini bukan soal perkauman, tetapi isu keadilan ekonomi dan kedaulatan negara.

Dr. Kalaivanar menggesa kerajaan agar mengetatkan syarat pemberian lesen perniagaan kepada warga asing dan memastikan kepentingan rakyat Malaysia tidak terus terancam.

Komen (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *