MOTAC anjur program Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2023
PUTRAJAYA, 15 Mei 2023 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menganjurkan program Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2023 bermula pukul 4:30 petang sehingga 7:00 petang bertempat di Perkarangan MOTAC, Presint 5, Putrajaya.
Matlamat utama penganjuran program Majlis Ramah Mesra Aidilfitri MOTAC ini sebagai titik panggilan untuk bersama-sama meraikan kepelbagaian warisan budaya dan seni yang melambangkan identiti Malaysia melalui kepelbagaian makanan dan acara-acara menarik sambil menikmati keindahan seni dan keunikan budaya kita.
Dalam majlis, Menteri Pelancongan Seni Dan Budaya, YB Dato Sri Tiong King Sing berkata, MOTAC bersungguh-sungguh ingin meningkatkan kemasukan pelancong asing ke negara Malaysia, seterusnya dapat memainkan peranan dan menyahut seruan Kerajaan ke arah merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.
“Untuk maklumat, ketibaan pelancong China ke Malaysia pada bulanJanuari hingga Mac bagi Tahun 2023 adalah berjumlah 178,150 orang, berbanding dengan data tempoh yang sama sebelum pandemik COVID-19, iaitu suku pertama Tahun 2019 yang berjumlah 841,800 orang. Ini menunjukkan pemulihan sebanyak 21.16 %
“Manakala, jumlah ketibaan pelancong China ke Malaysia pada suku pertama Tahun 2022, hanya terdapat 1,857 orang pelancong China sahaja. Perbandingan tempoh yang sama Tahun 2022 dan Tahun 2023, kita telah mencapai pertumbuhan sebanyak 4,915 %. Statistik tersebut telah menunjukkan pelancong dari China telah berada dalam keadaan pemulihan yang cepat, dan saya beryakin bahawa keadaan ini akan berterus dan bertambah baik,” katanya.
Acara kemuncak bagi program ini ialah Majlis Perasmian yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim Perdana Menteri Malaysia pada 15 Mei 2023 jam 5:00 petang.
Turut hadir sama memeriahkan majlis, YB Menteri-Menteri: 4, YB Timbalan- timbalan Menteri :1, SUPOL:2, KSU2: 3, Kedutaan: 53, Pemain industri/NGO sektor pelancongan: 55, Pemain industri/NGO Sektor Kebudayaan:20. – UTVMediaMsia