POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH BINA RUMAH KAYU IBS

  • May 16, 2023
  • 3 min read
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH BINA RUMAH KAYU IBS

SHAH ALAM, 16 MEI 2023 – Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) melakar sejarah apabila berjaya membangunkan projek Timber Technology House (TimTecH) iaitu rumah kayu berkonsepkan Industrialise Building System (IBS). Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr. Mohd Zahari Ismail, projek tersebut memfokuskan kepada proses pembelajaran sebenar (hands on)bagi menyerlahkan bakat dan kemahiran pelajar dalam industri pembinaan terkini kerana rumah kayu berkonsepkan IBS adalah yang pertama di Malaysia bagi pengusaha industri perkayuan negara.“Pelaksanaan projek TimTecH ini menyokong strategi utama memperkasakan TVET Negara yang antaranya mengubah konsep pendidikan tradisional dari train and placekepada place and train serta memperkenalkan Co-Ownership Model antara kerajaan dan industri untuk gunasama peralatan, teknologi, kepakaran dan inovasi,”“Justeru, saya mengharapkan agar lebih banyak industri tampil berkolaborasi bagi membangunkan teknologi terkini yang berkaitan dengan pembinaan seperti penggunaan tenaga solar dan aplikasi rumah pintar seiring Revolusi Industri IR4.0,” ujarnya ketika ditemui selepas merasmikan Minggu Terbuka PSA 2023 sekali gus merasmikan rumah TimTecH yang diadakan di Anjung Bestari, PSA hari ini.Projek TimTecH merupakan hasil kerjasama PSA dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Struktur utama binaannya telah siap dibina pada pertengahan 2022, dan akan dilengkapkan dengan teknologi IR4.0 secara berperingkat melalui latihan dan pembelajaran pelajar.Menurut Dr. Mohd Zahari lagi, ketika ini terdapat lebih 18,000 industri yang berkolaborasi aktif dengan politeknik dan kolej komuniti.Justeru beliau menyeru agar kolaborasi strategik antara industri dengan politeknik dan kolej komuniti selaku pembekal terbesar TVET negara dapat diperkukuh bagi memacu agenda Malaysia dalam melahirkan sumber tenaga berkemahiran dan berpendapatan tinggi seperti mana negara maju yang lain.Pada majlis tersebut, turut diadakan pelancaran SEEDS@WAKAF, Centre for Medical Electronics Technology (CMET) dan Techno Huffaz.Turut hadir Pengarah PSA, Dr. Norhayati Zakaria, pengarah-pegarah politeknik dan kolej komunti serta wakil-wakil daripada pelbagai agensi dan industri.SEEDS@WAKAF adalah entiti berteraskan sosial entreprise yang menjadi hub mengumpul, menyelenggara dan mengedar katil hospital wakaf dan peralatan sokongan kesihatan dengan kerjasama Tabung Wakaf Khas Kesihatan (TWKK).Pelaksanaan program ini memberi peluang kepada warga PSA menjalankan aktiviti keusahawanan sosial serta mengaplikasikan kemahiran teknikal dan inovasi dalam perkhidmatan sokongan kesihatan. Centre for Medical Electronics Technology (CMET) merupakan makmal yang telah mendapat akreditasi untuk memberi khidmat kepakaran penentukuran (calibration)peralatan pengujian perubatan. CMET berfungsi sebagai pusat rujukan, penyelidikan dan inovasi serta platfom kolaborasi pintar dalam dan luar negara khususnya dalam bidang elektronik perubatan.Techno Huffaz adalah Program Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-Politeknik dengan kerjasama Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di mana PSA merupakan perintis bagi program ini. Ia bertujuan melahirkan graduan TVET yang global, seimbang dan holistik seterusnya melahirkan lebih ramai teknokrat huffaz di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *