MTPN Selangor edukasi pengguna secara profesional

  • April 4, 2022
  • 2 min read
MTPN Selangor edukasi pengguna secara profesional

SHAH ALAM – Karnival Pengguna Negeri Selangor 2022 telah berjaya dilaksanakan pada 19 dan 20 Mac 2022 lepas, di Central i-City, Shah Alam bertujuan sebagai pemangkin kesedaran kepada rakyat Selangor dalam isu pengguna.

Impak positif daripada program ini telah mendapat sambutan yang baik serta sokongan orang ramai dalam mendapatkan informasi dan hak-hak pengguna melalui forum, pocket talk, booth pameran, cabutan bertuah, pertandingan mewarna dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang telah berlangsung selama dua hari.

Timbalan Yang Dipertua MTPN SELANGOR, Gilbert Pang berkata, Biro aduan MTPN SELANGOR telah dilatih secara profesional training untuk melindungi akta pengguna.

“Ini kerana ramai pengguna tidak mengetahui mengenai Akta dan hak-hak pengguna, jadi pihak kami memberikan informasi yang tepat dan cara yang betul untuk menerima tuntutan jika ada sebarang pelanggaran hak-hak pengguna kepada mereka.

“Aduan yang banyak diterima kepada MTPN SELANGOR adalah berkenaan ada klinik kecantikan yang menawarkan perkhidmatan tanpa lesen serta mengguna pakar kecantikan yang tidak bertauliah sehingga merosakkan dan mencacatkan kulit pelanggan mereka.

Sehubungan itu, Gilbert turut menyatakan bahawa pengasas atau pemilik klinik kecantikan terbabit juga tidak tahu mengenai apa lesen yang diperlukan serta undang-undang berkaitan lesen jika ingin membuka sesuatu perniagaan berkaitan estetik dan kecantikan.

“Setelah mereka habis belajar di luar negara dalam bidang kecantikan selama tiga bulan, balik Malaysia dan buka klinik dan terus berniaga tanpa mengetahui undang-undang yang diperlukan untuk membuka klinik-klinik tersebut.

Fungsi MTPN Selangor untuk ‘educate’ kepada masyarakat cara dan proses jika tertipu atau mengalami masalah dalam hal pengguna.“Dalam penipuan digital pula, ‘scam cinta’ dan ‘scam kewangan serta pembelian’, sebagai contoh, pembelian secara dagang dilakukan di Facebook, namun setelah membuat bayaran, barangan tersebut tidak sampai

MTPN SELANGOR akan membuat kajian dahulu terhadap aduan mangsa, ini kerana ada sesetengah orang yang tidak jujur dalam memberikan aduan, selepas itu baru kami membantu dan berbincang untuk menyelesaikan kes tersebut.Untuk maklumat lanjut mengenai MTPN Selangor, boleh lawati di Facebook MTPN Selangor atau menghubungi hotlinenya 014-910 3341. – UTV Media Msia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *