Semarak Uniti Keluarga Malaysia menyemarakkan semangat Muhibah
18 Jun 2022 – Muar, Johor – Yang Berhormat Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, Menteri Perpaduan Negara telah melancarkan program Semarak Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Johor bertempat di Dataran Tanjung Emas, Muar, Johor.
Program yang kali pertama dianjurkan Kementerian Perpaduan Negara di peringkat Negeri ini berlangsung selama dua hari iaitu bermula 18 hingga 19 Jun 2022. Bertemakan “Merakyatkan Perpaduan Keluarga Malaysia”, program ini berpaksikan 3 teras Keluarga Malaysia iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.
Penganjuran program ini adalah bagi menyokong Aspirasi Keluarga Malaysia dan merupakan platform yang menjadi Tapak Integrasi untuk membina dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira perbezaan kaum, bangsa dan agama. Antara pengisian Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Johor adalah:i. KPN Prihatin Keluarga Malaysia;ii. Sembang UNITI Keluarga Malaysia;iii. Pameran oleh agensi dan Komuniti Rukun Tetangga (KRT);iv. Program Cendekiawan CILIK;1v. Rumah KAMI Keluarga Malaysia;vi. Rewang Muafakat Keluarga Malaysia;vii. Jom Sihat Keluarga Malaysia;viii. Unity Ride;ix. Unity Run;x. Sukan Keluarga Malaysia; danxi. Citarasa Menu Keluarga Malaysia.
Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Johor turut melibatkan pempamer dari pelbagai agensi Kerajaan dan swasta yang menawarkan perkhidmatan kepada warga Muar. Turut diadakan aktiviti melempar mud ball ke Muara Muar dalam usaha melestraikan sungai. Dengan meletakkan Mud Ball ke dalam air, bola campuran tanah liat dan bahan-bahan organik itu mampu menstabilkan pH air, mengurangkan bau busuk air serta memecahkan molekul-molekul organik, sisa sampah dan sebagainya.
YB MenteriPerpaduan Negara telah menyampaikan Sijil Penghargaan Penghasilan EffectiveMicroorganisms Mud Ball Terbanyak kepada Agensi Daerah Muar yang telahBerjaya mencatat rekod di Malaysia Book of Records (MBOR).Bersempena program ini, Yang Berhormat Menteri Perpaduan Negara telah menyampaikan sebanyak 400 kotak RT Cares kepada penerima melalui program KPN Prihatin Keluarga Malaysia. Selain itu, sebanyak 100 kotak RT Cares telah disumbangkan kepada penduduk dari golongan B40 di Kampung Kenangan Tun Dr Ismail 2 dan 100 kotak Kpg Baru Prihatin disampaikan kepada penerima dari Kpg Baru Bukit Bakri.
Majlis pada hari ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon, Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Yang Berhormat Dato’ Haji Mustaffa Kamal bin Dato’ Haji Shamsuddin, Pegawai Daerah Muar dan YBhg.Dato’ Indera Noridah Binti Abd Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara. Yang Berhormat Datuk Halimah binti Mohamed Sadiqueturut menzahirkan harapan beliau agar program ini dapat menjadi salah satu 2Tapak Integrasi bagi memperkukuhkan ikatan perpaduan dan semangat muhibah dalam kalangan Keluarga Malaysia.