Nuh Travel tawar pakej eksklusif ‘Lawat Saudi 6 Kota’ dengan harga mampu milik
Dengan sokongan oleh Saudi Airlines, Emirates Airlines, dan Dubai Tourism, kedudukan Nuh Travel sebagai peneraju dalam industri pelancongan diperkukuhkan sekaligus membolehkan agensi tersebut menawarkan pakej umrah dan pelancongan yang lebih kompetitif dan berkualiti tinggi.
Jalinan kerjasama tersebut membolehkan pelanggan menikmati penerbangan premium, penginapan eksklusif, dan lawatan ke destinasi ikonik seperti Dubai dan Eropah serta jaminan pengalaman umrah yang komprehensif dan memuaskan.
WEBSITE: nuhtravel.com.my
Sementara itu, pakej ‘Lawat Saudi 6 Kota’ dari Nuh Travel akan memberikan pelanggan satu pengalaman yang cukup berbeza. Pakej tersebut menawarkan lawatan ke enam kota utama di Saudi, termasuk Mekah, Madinah, dan Al-Ula, dengan penginapan eksklusif di Menara Jam, Mekah serta mendapat pengalaman yang mendalam tentang sejarah Islam.
Melalui kerjasama erat dengan rakan strategik seperti Saudi Airlines dan Emirates Airlines, pakej yang ditawarkan kekal kompetitif dari segi harga namun masih mengekalkan standard kualiti yang tertinggi.
Pakej ini direka khusus untuk memenuhi keperluan ibadah, termasuk lawatan ke tempat-tempat bersejarah penting dan penginapan yang berdekatan dengan Masjidil Haram yang pastinya memberi kemudahan dan ketenangan dalam ibadah.
Selain itu, pelanggan juga dapat menikmati manfaat melalui pakej Umrah Ziarah Dubai di mana Dubai Tourism menyediakan akses kepada destinasi yang menarik di sana. Oleh itu, pengalaman umrah pelanggan diperkayakan dengan elemen pelancongan yang menyeluruh dan memuaskan.
Bagi memastikan Nuh Travel sentiasa menjadi pilihan utama, agensi tersebut berusaha memperkenalkan pakej yang lebih kompetitif dan memperluas destinasi menarik seperti Dubai dan Eropah, serta menjalankan promosi khas seperti di MATTA Fair.
Dengan kerjasama erat bersama rakan penerbangan dan pelancongan, Nuh Travel memastikan semua aspek perjalanan diselaraskan dengan sempurna supaya dapat memberikan ketenangan dan kepuasan kepada pelanggan sepanjang perjalanan.
Pengalaman perjalanan yang menyeluruh dan berkualiti tinggi dengan fokus yang kukuh pada keperluan pelancong Muslim merupakan keutamaan yang dititik beratkan oleh Nuh Travel.
Tambah pula kerjasama dengan pemimpin industri seperti Saudi Airlines dan Emirates Airlines pastinya akan mengukuhkan lagi kedudukan Nuh Travel sebagai peneraju industri pelancongan Muslim yang menawarkan pakej yang berkualiti tinggi dan mampu milik, serta memenuhi dan melampaui jangkaan pelanggan.
Jangan lupa ikuti laman web rasmi : nuhtravel.com.my