Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung, syarikat LED dan PJ Up! kerjasama ubah nasib anak muda keluarga biasa

  • March 20, 2024
  • 2 min read
Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung, syarikat LED dan PJ Up! kerjasama ubah nasib anak muda keluarga biasa

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung, syarikat LED dan PJ Up! bekerjasama mengubah nasib anak muda dari keluarga biasa.

Chean Chung berkata bahawa inisiatif PJ Up! di bawah seliaan beliau akan bekerjasama dengan Helio Media Sdn Bhd untuk menandatangani Memorandum of Understanding (MOU) supaya menawarkan kelas pemasangan LED secara percuma.

Chean Chung percaya bahawa selain daripada bantuan kerajaan yang sedia ada, rakyat memerlukan peluang pekerjaan yang bernilai tinggi dalam bidang yang berketumbuhan tinggi.

Kerjasama dengan syarikat persendirian adalah penting supaya peningkatan kemahiran anak muda adalah berdasarkan keperluan industri. Objektifnya sangat jelas, iaitu memberi peluang kepada masyarakat terutama golongan rakyat biasa untuk memceburi bidang berteknologi terkini secara percuma.

Kelas pemasangan LED dipilih kerana ia adalah teknologi baru dan akan berkembang pada masa hadapan, seperti yang kita dapat lihat penggunaan LED berkembang pesat di Malaysia. Tren ini bakal mencipta peluang pekerjaan yang menawarkan gaji yang lebih lumayan.

Kelas yang bermula pada 11 Mei hingga 19 Mei 2024 melibatkan 25 orang pelajar, setelah habis kursus dan peperiksaan, mereka akan dapat sijil level 1 daripada Nova Star dan Helio Media, sijil ini juga diiktiraf oleh China dan Eropah. Kelas yang ditawar bernilai 400 Euro seorang.

Peserta yang dapat sijil berpeluang menjalankan khidmat pemasangan LED, menjadi pakar perundingan berkenaan pemasangan LED serta menjalani perniagaan servis penjagaan dan pemasangan LED.

Sebelum ini Chean Chung telah bekerjasama dengan syarikat photovoltik untuk menawarkan kelas percuma pemasangan. Respon yang baik dari peserta dan industri telah mendorong beliau lebih maju ke depan untuk memberi kelas pemasangan LED secara percuma.

Untuk tahun ini, sasaran PJ Up! adalah untuk memberikan peluang kepada lebih 500 anak muda untuk menceburi bidang High-growth-high-value (berkemajuan dan bernilai tinggi).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *