Parti politik baru bakal diwujudkan tumpu pembangunan ekonomi rakyat – Barisan Penyatuan Nasional
Kuala Lumpur, 25 Jun 2022 – Berlangsungnya satu mesyuarat parti politik baharu Barisan Penyatuan Nasional di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, hari ini.
Barisan Penyatuan Nasional menumpukan dalam pembangunan ekonomi serta memastikan rakyat Malaysia mendapat manfaat dari agenda parti tersebut.
Presiden Barisan Penyatuan Nasional, Ibrahim bin Yahya mengalu-alukan semua parti politik di Malaysia untuk bekerjasama dalam memajukan ekonomi rakyat.
“Sebagai parti politik baru, kami membuka kerjasama gabungan parti politik yang lain jika berminat dalam menjalankan agenda parti kami untuk menyatukan semua ekonomi rakyat.
Menurutnya, parti ini adalah sebagai ‘think tank’ untuk menyelesaikan isu-isu seperti makanan asas dalam menyusun strategi untuk mengatasi pelbagai masalah rakyat.
“Kami mewujudkan satu hala tuju sendiri, seperti kita tahu, waktu ini semua anggota politik bertelingkah satu sama lain, lain pula pada parti Barisan Penyatuan Nasional menumpukan pada segi ekonomi dahulu.
Tambah Ibrahim, dengan muncul parti baru dapat menyedarkan parti lain supaya menumpukan dalam bidang ekonomi.
“Insurans akan diberikan kepada ahli sekiranya berlaku kematian seperti khairat kematian, satu kad dibawah bank UOB dan HSBC diberikan untuk mendapatkan rawatan hospital secara percuma,” katanya. – UTVMediaMsia