PELAWAAN TERBUKA UNTUK MENYERTAI PARTI PUTRA
Salam sejahtera kepada semua ahli-ahli UMNO yang dipecat atau digantung baru-baru ini dan sesiapa sahaja yang kecewa dengan lain-lain parti.
PARTI BUMIPUTRA PERKASA MALAYSIA (PUTRA).
PUTRA membuka pintu seluas luas nya kepada anda semua, kerana kami berlapang dada dan menerima sesiapa sahaja yangg berhasrat untuk menyertai parti ini, asalkan orang Melayu, Pribumi dan beragama Islam. (Bagi mereka yang ada kes jenayah, sedang didakwa, atau dalam peroses perbicaraan dan belum dibebaskan oleh mahkamah, tidak akan di terima untuk menjadi ahli PUTRA).
PUTRA adalah sebuah parti baru yang berusia cuma empat tahun. Parti ini mendapat kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 8hb Mei 2019. Sejak itu, keahlian parti PUTRA bertambah saban hari. Setakat ini ROS telah meluluskan sebanyak 100 “Bahagian”, yang mana kira-kira 64 daripadanya sudah mengadakan Mesyuarat Bahagian masing-masing mengikut syarat-syarat ROS.
Bekas ahli-ahli UMNO wajar memilih PUTRA kerana semangat asal penubuhan Parti ini adalah untuk menjadi wadah Parti pilihan kepada orang Melayu sebagai kesinambungan perjuangan nasionalisma Melayu-Islam. Perjuangan ini terbantut dan terhalang kerana keruntuhan nilai-nilai kepimpinan bersih dan suci akibat salah guna kuasa dan rasuah oleh pemimpin Parti dan penyokong mereka yang selama ini menjadi tunggak perjuangan umat Melayu.
Perlembagaan PUTRA adalah hampir 100% serupa dengan Perlembagaan UMNO. Matlamat PUTRA juga sama dengan UMNO. Simbol PUTRA adalah Tanjak yang melambangkan kepahlawanan Melayu dan budaya bangsa. Ianya merupakan teras identiti negara yang asalnya Persekutuan Tanah Melayu. Warna kuning adalah lambang kedaulatan raja-raja Melayu yang didokong sebati dengan Perjuangan Ajenda Melayu.
Akronim “PUTRA” adalah singkatan dari PARTI BUMIPUTRA PERKASA MALAYSIA. “Putra” juga sebahagian nama Almarhum Bapak Kemerdekaan, YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. Almarhum Tunku kembali ke rahmatullah di mana beliau tidak lagi menjadi ahli UMNO. Begitu juga halnya Tun Hussein Onn. Parti itu sekarang ialah UMNO Baru dan bukan UMNO asal yang diasaskan oleh arwah Dato’ Onn Jaafar yang meninggal di luar UMNO, sebagai YDP Parti Negara. Anehnya, arwah Kasim Ahmad mati dalam UMNO Baru, sedangkan Dato’ Asri Muda meninggal sebagai ahli UMNO Lama. Dewasa ini Tun Dr Mahathir, yang walaupun merupakan pengasas UMNO Baru dan memimpin negara selama 22 tahun selaku Presiden UMNO Lama dan Baru, beliau tidak lagi menjadi ahli UMNO. Marilah kita sama-sama berdoa semoga Tun M segar dan panjang umur. Apakah Tengku Razaleigh Hamzah akan kekal dalam UMNO Baru yang beliau menentang keras dan berusaha untuk pulihkan UMNO Asal? Mungkinkah Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein juga bakal ikut jejak langkah bapa nya, Tun Hussein Onn dan dato nya, Dato’ Onn Jaafar?
Mengambil kira punca kegagalan UMNO, Parti tertua dan kepimpinan nasionalisma Melayu akibat budaya rasuah dan salahguna kuasa yang melampau dan mengerikan, maka dengan tegas PUTRA meletakkan penghayatan nilai-nilai kepimpinan bersih dan berakhlak. Ini bagi menjamin Perjuangan supaya tidak akan berulang lagi seperti ungkapan “menang sorak kampung tergadai” – beserta dengan keinsafan dan penghayatan mesej lirik lagu patriotik Anak kecil main api.
Adalah lebih mudah membina kekuatan dan belayar dengan bahtera baru daripada kapal yang sudah rusak teruk. PUTRA adalah penjenamaan semula wadah politik nasionalisma bangsa Melayu yang menyediakan payung sebelum hujan, untuk orang Melayu .
Walaupun PUTRA masih kerdil dan kalah teruk dalam percubaan pertama di medan PRU15 kerana belum dikenali umum secara meluas, ketiadaan kewangan dan berbagai kelemahan; namun ianya Parti yang amat segar dari segi semangat, nama dan simbolnya. Kepada mereka yang kena pecat dari Parti asal masing-masing, yang tidak berparti, kecewa dan tiada wadah untuk berjuang – ayoh, marilah ramai-ramai masuk PUTRA.
Dengan kuasa Allah swt, PUTRA juga mampu menjadi Parti yang kuat. Sedangkan UMNO makin lesu dan terpalit dengan berbagai isu yang tidak mudah untuk dipulihkan dan payah untuk mendapat kembali keyakinan rakyat.
Bagi yang beranggapan PUTRA sukar mendapat sokongan atau undi bukan Melayu; apakah muntakhir ini UMNO/BN, PAS dan BERSATU mendapat undi Bukan Melayu terutama dari kaum Cina dan sokongan besar dari kaum India? Jawab nya tidak juga; walaupun mereka sedaya upaya cuba memenuhi pelbagai kemahuan kaum bukan Melayu, malah bercakap berlapik lidah bila menyentuh kaum besar kepala ini, namun undi tetap tidak dapat juga dan ditolak bulat-bulat oleh kaum bukan Melayu. Malah semasa musim perayaan Tahun Baru Cina, ramai pemimpin Melayu-Islam mera’ikan mereka dengan berpakaian baju merah ala Cina dalam berbagai gaya – sehingga satu keluarga berbaju merah memeriahkan perayaan Tahun Baru Cina saban tahun. Namun undi Cina tetap tidak diterima. Ironisnya, kita tidak pula pernah lihat pemimpin Cina pakai baju Melayu, bersongkok atau berkebaya pada musim Perayaan ‘Aidil-fitri! Pemimpin Melayu terus mengemis sokongan dari bukan Melayu..
Bila orang Melayu bersatu teguh saperti dalam UMNO dulu, kaum Cina dan India tiada pilihan melainkan menyokong parti Melayu. Natijahnya, orang Melayu tidak boleh lagi mendokong Parti yang sudah banyak masaalah dan penyakit. Maka Parti baru saperti PUTRA sahajalah yang mampu menjadi pilihan baru bagi kaum Melayu.
Kami bersedia berada di belakang, dan muka-muka baru yang yakin dengan PUTRA boleh mengambil tempat dalam kepimpinan parti ini. Bagi yang sudah berada di dalam PUTRA terutama nya pengasas parti ini, kami bersedia memberi laluan dan akan menyokong dan berkerja keras untuk mencapai kemenangan dalam perjuangan kita. Yang lebeh utama ialah umat Melayu-Islam dan Pribumi selamat, dan ketuanan Melayu tidak dipijak orang.
PUTRA PERKASA NEGARA
Ikhlas dari:
Dato’ Dr Ibrahim Ali
Presiden PUTRA