Pencalonan Anugerah Seni Negara 2026 Dibuka Hingga 11 Mei

PUTRAJAYA, 12 Mac 2026 – Pencalonan bagi Anugerah Seni Negara (ASN) 2026 kini dibuka kepada orang ramai bermula 12 Mac hingga 11 Mei 2026 bagi menghargai tokoh seni yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan seni dan budaya negara.


Bidang pencalonan meliputi lima kategori utama iaitu:
Seni Muzik
Seni Tari
Seni Lakon
Seni Kraf
Seni Visual


Calon yang dicadangkan perlu merupakan warganegara Malaysia, mempunyai sekurang-kurangnya 25 tahun pengalaman dalam bidang seni, masih aktif berkarya serta menunjukkan kecemerlangan dan sumbangan berterusan kepada industri seni.


Selain menghasilkan karya yang memberi impak kepada perkembangan seni negara, calon juga perlu memiliki kepimpinan dalam bidang masing-masing, membimbing bakat baharu serta mencapai pengiktirafan di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa.
Anugerah Seni Negara merupakan pengiktirafan tertinggi negara kepada tokoh seni yang berjasa besar dalam memperkaya warisan budaya serta memartabatkan seni Malaysia di persada dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *