Pengusaha bengkel Dun Sg Tuah 8 bulan tiada pendapatan, gesa MB Selangor cepatkan urusan penempatan baharu
BATU CAVES, 31 Mac 2023 – Seramai 13 pengusaha bengkel di Sungai Tuah, Selayang, Batu Caves, Selangor telah kehilangan sumber pendapatan kerana premis niaga mereka bakal dirobohkan dan telah dijanjikan penempatan yang baharu, namun sehingga kini tiada jawapan dan maklum balas dari kerajaan negeri.
Selama menunggu untuk mendapatkan tempat yang baru perjanjian dibuat, mereka tidak dibenarkan untuk membuat sebarang urusniaga sehingga hari ini.
Disebabkan itu, pengusaha-pengusaha bengkel tersebut telah menghadapi kesukaran hidup seperti masalah kewangan, hutang pinjaman bank yang tertunggak, tunggakan sewa rumah, hutang pinjaman Ah long sehingga terpaksa gadai emas untuk menampung perbelanjaan mereka.
Aktivis sosial, Dato’ Kalai Vanar, Presiden Kebangsaan Nambikkai Malaysia berkata, kami telah berjumpa dengan YAB DS Amirudin, dan dari pihak Amirudin ada menyatakan ingin menyediakan tempat yang baru namun sehingga kini tiada maklum balas dari 8 bulan yang lepas.
” Sehingga kini sudah 8 bulan mereka tiada sumber kewangan, operasi perniagaan juga tidak dapat dilakukan, kami juga bukan ingin berpolitik namun kami hanya ingin penempatan baru dengan segera supaya kami dapat cari makan,” katanya.
“8 bulan bukan waktu yang singkat bagi kami yang bekerja sendiri, ada yang terpaksa menggadaikan emas isteri untuk meneruskan kelangsungan hidup.
“Kini pengusaha-pengusaha bengkel khuatir jika berterusan begini kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dijangka pada bulan Julai dan pihak Amirudin tidak sempat untuk menyediakan penempatan yang baru seperti yang dijanjikan.
“Pihak pengusaha sangat memerlukan tempat baru untuk, dan sekali lagi kami mengharapkan YAM Selangor agar dapat menyediakan tempat yang baru dengan segera,” tambahnya. – UTV