Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memaklumkan penutupan sementara jalan susur di Bulatan Pudu menghala ke Jalan Sungai Besi bersebelahan Balai Polis Pudu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja perobohan, pengubahsuaian dan pembinaan semula jambatan susur.
Penutupan melibatkan laluan dari Jalan Pudu ke Jalan Yew bermula 24 Mac hingga 28 April 2026, dari 10.00 malam hingga 5.00 pagi setiap hari.
Menurut DBKL, pelaksanaan ini adalah sebahagian daripada projek peningkatan dan pelebaran Jalan Yew yang dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.
Pengguna jalan raya disarankan menggunakan laluan alternatif melalui Jalan Pudu dan Bulatan Kampung Pandan serta mematuhi arahan trafik bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan.
DBKL turut memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku sepanjang tempoh penutupan ini.



