PERKESO Buka Peluang Menang Hadiah Menarik, Sertai Peraduan Sempena Apron Ramadan

Program digital terbaharu, Apron Ramadan, tampil dengan konsep penuh kehangatan apabila menyatukan hubungan ibu dan anak dalam kalangan personaliti berpengaruh tanah air di satu dapur bagi menyediakan hidangan istimewa kegemaran keluarga sepanjang bulan Ramadan.


Dihoskan oleh pempengaruh makanan yang sedang meningkat naik, Afiq Rahim, program ini diserikan dengan gaya ceria dan mencuit hati beliau dalam mengendalikan gelagat setiap keluarga selebriti yang terlibat.


Antara keluarga artis yang bakal mewarnai program ini termasuk pelakon popular Liza Abdullah, Lisdawati, penyanyi Farez Adnan serta pempengaruh media sosial Muka Gangster.

Setiap episod memaparkan keletah dan dinamika unik ibu dan anak dalam suasana
santai, penuh gelak tawa serta nilai kekeluargaan yang menyentuh hati.


Program ini akan mula bersiaran pada 20 Februari, setiap Jumaat hingga Ahad, menerusi saluran media sosial rasmi PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) di platform Instagram, Facebook dan TikTok.


Menariknya, setiap episod turut membuka peluang kepada orang awam untuk menyertai pertandingan dengan berkongsi pengalaman bersama PERKESO di ruangan komen.

Penyertaan dengan komen paling kreatif dan berimpak akan dipilih sebagai pemenang dan menerima pelbagai i hadiah menarik sebagai tanda penghargaan.


Apron Ramadan bukan sekadar program memasak, malah menjadi platform memperkukuh nilai kekeluargaan, menghargai pengorbanan ibu serta menyemarakkan semangat Ramadan dalam suasana yang santai dan penuh inspirasi.

Penonton turut berpeluang menyertai pertandingan dengan berkongsi pengalaman bersama PERKESO di ruangan komen. Komen paling kreatif dan berimpak akan dipilih sebagai pemenang dan menerima hadiah menarik daripada PERKESO


Untuk maklumat lanjut dan tontonan episod penuh, layari media sosial rasmi
PERKESO.


ARTIS & MENU
MUKA GANGSTER & IBU
Menu : Kari Kambing/ Tosey/ Payasam
LISDAWATI & ANAK
Menu : Ayam Masak Kicap/ Bihun Goreng/ Prata Pizza
LIZA ABDULLAH & ANAK (NAQIB)
Menu : Daging Salai Masak Lemak Cili Padi/ Sambal Udang Petai/ Bubur Cha Cha
FAREZ ADNAN & IBU (MAKCIK PETIR)
Menu : Rendang Nasib (Campur)/ Lodeh/ Cocktail Ribena Laici Soda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *