Peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang bagi tujuan pentadbiran sahaja dan bukan untuk pembangunan kawasan – Gerakan

  • April 28, 2023
  • 1 min read
Peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang bagi tujuan pentadbiran sahaja dan bukan untuk pembangunan kawasan – Gerakan

Presiden Nasional GERAKAN, YB Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai mengkritik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan dengan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang bagi tujuan pentadbiran sahaja dan bukan untuk pembangunan kawasan.

“Dalam erti kata lain, adakah Zahid membayangkan bahawa rakyat yang mengundi Perikatan Nasional tidak layak menerima peruntukan untuk pembangunan kawasan mereka?” tanya Dr. Dominic Lau dalam satu kenyataan pagi ini.

Beliau juga menyoal model keadilan dan reformasi yang diwar-warkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tambah beliau, kerajaan campuran seolah-olah menghukum rakyat kerana mereka mengamalkan kuasa demokrasinya mengundi Perikatan Nasional. Ini sungguh tidak adil!  

“Saya berharap agar kerajaan tidak mengamalkan tindakan balas dendam, dan menyeru untuk duduk bersama menyelesaikan isu peruntukan Parlimen demi kesejahteraan rakyat.”

Beliau juga memberi amaran bahawa ego kuasa kerajaan campuran pada hari ini boleh membinasakan negara. Ketepikan perbezaan dan sedia bantu rakyat, ujar beliau.

Parti Gerakan Rakyat Malaysia meminta Timbalan Perdana Menteri untuk meneliti semula keputusan memberikan peruntukan Ahli Parlimen pembangkang yang hanya meliputi perbelanjaan berkaitan hal pentadbiran, supaya pengundi di kawasan Perikatan Nasional juga dapat menikmati layanan dan faedah yang sama seperti kawasan yang dimenangi oleh parti-parti kerajaan campuran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *