Penduduk Kg Pinang, Sektor C Sg Besi Mohon Pampasan Rumah Dari Pihak Pemaju

  • April 29, 2023
  • 2 min read
Penduduk Kg Pinang, Sektor C Sg Besi Mohon Pampasan Rumah Dari Pihak Pemaju

SUNGAI BESI, 28 April 2023 Seramai 38 keluarga yang tinggal di Kg Pinang Sektor C, Sg Besi bakal kehilangan rumah kediaman yang telah didiami oleh penduduk setempat selama 35 tahun disebabkan notis pengosongan rumah dari pemaju tanah Astana Setia & Euro Saga Sdn Bhd.

Dikatakan, pihak pemaju tersebut telah memberikan surat notis kepada penduduk setempat supaya mengosongkan rumah-rumah kediaman mereka dan notis diberikan pada bulan februari 2023 yang lepas.

Dalam surat notis tersebut, penduduk setempat diarahkan untuk mengosongkan rumah kediaman mereka dalam masa tiga bulan selepas surat notis dikeluarkan pada bulan februari 2023.

Keadaan ini menimbulkan ketidak puasan hati penduduk setempat kerana tiada perbincangan bersemuka yang dilakukan oleh pihak pemaju bersama 38 buah keluarga tersebut namun diarah berpindah tanpa sebarang sebab yang wajar.

Aktivis sosial, Presiden Kebangsaan Nambikkai Malaysia, Dato’ Dr Kalai Vanar berkata, meminta perbincangan segera dilakukan kerana dimanakah penduduk-penduduk ini akan tinggal jika rumah kediaman mereka sendiri bakal dirobohkan?

“Mengikut undang-undang diharuskan ada perbincangan bersama-sama penduduk asal tempat tersebut sebelum apa-apa notis pengosongan dikeluarkan, malahan, mereka bukan orang negara luar, mereka adalah rakyat asal Malaysia.

“Kami ingin berbincang sahaja, harap dapat kerjasama untuk perbincangan bersama pemaju dalam 14 hari ini.

“Malaysia ada undang-undang, pemaju tidak boleh sewenang-wenangnya untuk menghalau penduduk-penduduk rakyat Malaysia disini.

“Apa yang penduduk disini inginkan dua tuntutan iaitu, kediaman yang sejahtera dan pampasan yang berpatutan.

“Disini saya meminta kerajaan untuk mengambil berat tentang kesusahan rakyat atas dasar keprihatinan insan.

Pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Airwan bin Azali selaku jururunding berkata, kami sehingga kini masih tiada sebarang ‘engagement’ bersama pihak pemaju.

“Kami ingin mempercepatkan proses dan pemaju harus membuat perbincangan bersama-sama kami.

” Disini juga kebanyakan penduduk kami adalah merupakan pesara-pesara ATM disebabkan bersebelahan dengan Kem Tentera Sungai Besi.

Penduduk asal, Pritam Singh berkata, kami terasa sangat teraniaya kerana mereka (pemaju) kata kami penceroboh, padahal kami adalah penduduk asal disini sejak tahun 1885 sejak nenek moyang kami hidup lagi.

“Jadi kami mengharapkan perbincangan dapat dilakukan agar persetujuan dua- dua belah pihak dapat diselesaikan dengan segera. -UTVMediaMsia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *