Pesawat kembali terbang di dalam radar dengan single “Euphoria”

  • May 30, 2023
  • 2 min read
Pesawat kembali terbang di dalam radar dengan single “Euphoria”

Petaling Jaya, 26 Mei 2023 – Band Indie Rock Malaysia berpengaruh, PESAWAT yang terkenal dengan lagu popular seperti “Mirage”, “Rasional Emosional”, “Mesti Mau” dan “Luluh,” kini kembali dengan penuh semangat dengan single terbaharu berjudul “Euphoria”.

PESAWAT kini bersedia untuk kembali mencetuskan gelombang dalam industri muzik negara dengan lagu “Euphoria” yang mempesona dan mengajak pendengar terbang mengecap kegembiraan yang maksima dengan irama yang memukau, melodi yang menangkap perasaan dan lirik yang positif.

Lagu ini pasti menjadi pilihan kegemaran di
kalangan peminat setia dan pendengar baharu.
Lagu “Euphoria”, menurut Jipie selaku teraju utama PESAWAT; “Lagu ini berkisar tentang perasaan yang teramat dalam saya meraikan rasa syukur dengan nikmat dan pemberian yang tidak terhingga daripadaNya”.

Demi memenuhi permintaan peminat mereka yang bergelar “Passengers”, yang acapkali
mendambakan buah tangan terbaru dari PESAWAT, lagu ini dikeluarkan tepat pada masanya.

Meskipun agak sepi dari segi rilisan sejak keluaran terakhir mereka, “Luluh”, PESAWAT tetap aktif beraksi di pentas muzik dengan penampilan di konsert dan festival menampilkan anggota yang baharu iaitu Jay
dan Mie di posisi gitar dan Jun (dram) manakala Jipie (vokal) dan Mann (bass) kekal sebagai anggota asal.


Kembalinya PESAWAT kali ini dengan lebih mantap turut menyajikan “Euphoria” sebagai runut bunyi untuk drama berjudul “Adnan Runner” yang kini ditayangkan di slot Lestary, TV3. Ia merupakan sebuah kolaborasi antara PESAWAT di bawah naungan Gungho Entertainment dengan Alternate Records.


Kerjasama ini membuahkan plato kreatif dalam menetapkan standard baharu melawan arus trend kegemilangan muzik.


Melengkapkan lagi rilisan ini, muzik video “Euphoria” turut dilancarkan memaparkan interpetasi ledakan cahaya warna neon digarap dengan senikata hasil arahan sutradara muda Amirul dengan kombinasi idea dan arahan Jipie serta penyuntingan rangsangan minda dan energi listrik menurut imajinasi Amirul.

Muzik video ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran Youtube Alternate Records.

Dalam pada menantikan keberhasilan “Euphoria,” PESAWAT kini sedang giat menyiapkan album terbaru mereka seiring mengisi jadual dengan persembahan pentas.

PESAWAT juga merancang mengadakan
jelajah rangka promosi untuk lagu “Euphoria” dalam masa yang terdekat.


Lagu “Euphoria” boleh dimuat turun di iTunes dan boleh dinikmati bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Joox, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer.

Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari platform media sosial PESAWAT menerusi Instagram: @pesawatmusic, Tiktok: @pesawatmusic, Twitter: @pesawat, Facebook: @pesawatmusic.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *