PEWARGA DAN KEADILAN BERKOLABORASI UNTUK MEMBANTU JALAN GOMBAK

  • May 23, 2023
  • 2 min read
PEWARGA DAN KEADILAN BERKOLABORASI UNTUK MEMBANTU JALAN GOMBAK

22 Mei 2023, Batu 10 Jalan Gombak – Pada 21 Mei 2023, saya dengan bangganya menjadi saksi memorandum Koperasi PEWARGA dan perasmian penyerahan uniform kepada pasukan paramedik PEWARGA. Acara tersebut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Haji Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor yang juga Ketua Cabang KEADILAN Gombak dalam Program Sambutan Aidilfitri Majlis Perbandaran Selayang Zon 1 yang berlangsung di Batu 10, Gombak.

Kehadiran KEADILAN Wangsa Maju dan Gombak adalah sebagai bentuk sokongan yang teguh kepada mereka PEWARGA yang berjuang dengan ikhlas. Untuk pengetahuan, sebahagian daripada Jalan Gombak terletak di dalam Parlimen Wangsa Maju yang mempunyai jaringan 8 kampung tradisi Melayu.
Selain daripada penyampaian uniform paramedic, berikut adalah dua lagi program oleh PEWARGA dan KOPERASI ANAK-ANAK MELAYU GOMBAK BERHAD (KOWAGA) yang turut disempurnakan oleh Dato’ Menter Besar Selangor

• Majlis Pelancaran Logo Koperasi Anak-Anak Melayu Gombak Berhad (KOWAGA)
• Majlis Tandatangan Perjanjian MOU antara KOWAGA bersama Talasco Dagang yang disaksikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor.

Selama tempoh beberapa tahun ini, PEWARGA dan KEADILAN Wangsa Maju amat akrab serasi menjalankan aktiviti bersama. Secara tidak langsung, saya telah pun menjadi sebahagian daripada jaringan komuniti di Jalan Gombak.

Sebagai Ketua Cabang KEADILAN di Wangsa Maju, saya turut merasa kagum dengan usaha mulia yang dilakukan oleh PEWARGA dalam menyantuni warga kampung-kampung tradisional sepanjang Jalan Gombak. Kerjasama yang erat antara PEWARGA dan KEADILAN Wangsa Maju selama beberapa tahun ini telah menjadikan saya sebagai sebahagian daripada jaringan komuniti di Jalan Gombak.

KEADILAN Wangsa Maju dan Gombak tetap sebati dengan perjuangan PEWARGA. Saya percaya pihak pemimpin tertinggi PEWARGA di bawah pimpinan YDP Sdr Khairul Bahri Ishak amat berusaha gigih untuk menjayakan acara ini. Terima kasih kepada dengan kerjasama Sdr Mazlan Musa – Ahli Majlis MPS Zon 1 kerana menyediakan platform untuk PEWARGA melaksanakan majlis ini.

Usaha mulia PEWARGA menyantuni warga kampung-kampung tradisi di sepanjang Jalan Gombak patut dicontohi. Semoga, program-program ini akan menjadi detik bersejarah dalam perjuangan murni PEWARGA, yang akan terus dikenang oleh anak cucu di masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *