Sultan Johor berkenan berangkat mencemar duli Majlis Malam Teluk Belanga Persatuan Anak Melayu Johor

  • May 23, 2023
  • 1 min read
Sultan Johor berkenan berangkat mencemar duli Majlis Malam Teluk Belanga Persatuan Anak Melayu Johor

KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Yang di Pertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Malam Teluk Belanga Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Anak Melayu Johor (PAMJ) 2023 yang berlangsung pada 21 Mei 2023, di Grand Ballroom MITEC Kuala Lumpur, tepat jam 7:00 malam.

Tujuan utama majlis ini adalah untuk memupuk semangat muhibah dan talian persaudaraan dikalangan ahli-ahli khasnya yang lahir dan berasal daripada Negeri Johor yang menetap di Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Pengerusi Majlis Malam Teluk Belanga, Dato Mohd Rashid Hasnon berkata, malam ini merupakan malam yang sangat bersejarah kerana program kali ini dihadiri oleh DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

“Lebih 1,000 orang ahli-ahli persatuan dan anak- anak Bangsa Johor yang bermastautin di Wilayah Kuala Lumpur dan Selangor datang memeriahkan program pada malam tersebut.

“Program ini merupakan acara tahunan yang telah diraikan sejak tahun 20 yang lalu sehingga kini, pada tahun depan kami akan melakukan pelbagai penambahbaikan dari pelbagai aspek.

“Anak-anak Johor yang belum menjadi ahli, boleh mendaftar di https://www.pamj.my/,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *