PKPB di KL, Selangor, Sabah lanjut sehingga 31 Disember

  • December 20, 2020
  • 1 min read
PKPB di KL, Selangor, Sabah lanjut sehingga 31 Disember

KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah yang tamat Ahad ini dilanjutkan sehingga 31 Disember.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat berikutan peningkatan ketara kes positif COVID-19 yang direkodkan sehingga semalam.

“Sebanyak 22,931 kes positif COVID-19 direkodkan di Selangor, manakala 9,426 kes bagi Kuala Lumpur sehingga semalam.

Oleh itu, atas penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di kedua-dua negeri berkenaan,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini, hari ini.

“Sehingga 17 Disember 2020, sebanyak 33,823 kes positif COVID-19 direkodkan di seluruh Sabah dalam tempoh 14 hari.

“Ia turut membabitkan rakyat Sabah dan Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes positif akan terus meningkat berikutan saringan pekerja asing yang bermula pada 16 Disember,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *