PPIM dan Courts Malaysia pilih makanan “Ready to eat (RTE)” untuk sumbangan Infaq rezeki bulan Ramadan
Kuala Lumpur – Sempena Ramadan yang mulia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan jenama
rangkaian peralatan rumah terkenal, COURTS Malaysia bekerjasama mengadakan Program Infaq Rezeki
Ramadhan.
Program ini bagi menyantuni beberapa penerima manfaat antaranya anak yatim, pelajar tahfiz, petugas
barisan hadapan (frontliners), dan pelanggan COURTS Malaysia. PPIM dan COURTS Malaysia memilih untuk
membuat sedikit kelainan pada tahun ini dengan memberi sumbangan berbentuk makanan sedia dimakan
kepada penerima.
Makanan “Ready to eat (RTE)” adalah makanan yang sedia dimakan, mudah dan menjimatkan masa, juga
mempunyai beberapa kelebihan antaranya dapat bertahan dalam jangka masa yang lama iaitu sehingga dua
(2) tahun.
Ia dapat digunakan sebagai persediaan jika berlaku bencana/musibah seperti banjir, kebakaran, juga sesuai
untuk perjalanan jauh. Ianya juga bagi memberi kesedaran keperluan makanan (RTE) bagi mengelakkan
pembaziran makanan jika berlaku lebihan.
PPIM dan Courts Malaysia telah menjayakan Program Infaq Rezeki Ramadhan pada 22 April 2022 bertempat
di COURTS Malaysia cawangan Setapak. Sebanyak 850 bungkus pek makanan (RTE) telah diagihkan kepada
golongan sasar yang memerlukan pada program kali ini.
PPIM dan COURTS Malaysia telah memilih makanan (RTE) daripada jenama Ezeefood kerana terdapat
banyak pilihan untuk juadah nasi, lauk pauk dan juga pencuci mulut. Antara menu yang diagihkan semasa
Program Infaq Rezeki Ramadhan ini adalah ; Nasi Goreng Tomyam, Rendang Daging, Bubur Pulut Hitam dan
Bubur Durian Kacang Hijau. Manakala Purata harga bermula daripada RM 7.00 hingga RM 19.00.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata kerjasama antara PPIM dan COURTS Malaysia dalam
memberikan makanan (RTE) kepada para penerima manfaat merupakan satu inisiatif baru dalam
mengurangkan pembaziran selain boleh dijadikan sebagai persediaan awal bekalan makanan (Food
Security) jika berlaku bencana/musibah.
“Pengguna yang bijak hendaklah sentiasa berjimat cermat dalam berbelanja bagi mengelakkan pembaziran
terutama dalam bulan Ramadhan ini,” katanya.
Nadzim turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak COURTS Malaysia kerana berjaya
mengadakan program yang sangat baik bagi memberi kesedaran kepada para pengguna.
Desiree Tan selaku Ketua Jabatan Pemasana berkata “Kami sangat berbesar hati kerana dapat bekerjasama
dengan PPIM dalam melaksanakan Program Infaq Rezeki Ramadhan pada tahun ini yang memberi sedikit
kelainan dari segi makanan sumbangan. Kami melihat pemberian makanan (RTE) ini sebagai satu idea yang
baru dalam mendidik pengguna lebih bijak dan memupuk kesedaran pengguna tentang pembaziran.
Pihak Courts mengutamakan kepuasan pelanggan dan ingin memastikan sambutan Hari Raya mereka kali
ini lebih bermakna disamping keluarga yang tersayang. Oleh itu, Courts mengutamakan kepuasan pelanggan
dan ingin memastikan sambutan Hari Raya mereka kali ini lebih bermakna disamping keluarga yang
tersayang. Oleh itu, Courts ada menawarkan caj terma serendah iaitu 0.77% sebulan agar semua pelanggan
dapat memiliki barangan idaman dengan ansuran yang rendah.
Untuk memberi lebih nilai pembelian, tiada caj dokumen dan bayaran pendahuluan akan dikenakan.
Sekaligus, pelanggan boleh membeli tanpa memikirkan bayaran tambahan yang perlu dibuat. Seterusnya,
untuk memberi ketenangan fikiran, Courts ada menyediakan pelbagai perkhidmatan tambahan.
Antaranya seperti, jaminan Lanjutan Barang dan Pakej Perlindungan akibat kecurian, kemalangan, banjir,
kehilangan pekerjaan dan juga kemasukan hospital yang tertakluk kepada terma dan syarat. Khusus bagi
Program Infaq Rezeki, sempena Ramadhan ini, COURTS Malaysia telah menyediakan promosi eksklusif yang
bertujuan untuk menghargai semua barisan hadapan dan rakan – rakan media dengan menawarkan harga
RM1 bagi pembelian tambahan di cawangan Setapak dari 22 – 24 April 2022.
Alhamdulillah dengan Izin Allah SWT program ini telah mendapat perhatian positif dari pelbagai pihak.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Siti Khadijah Hassan Berseri (Ketua Operasi – Unit Kebajikan
PPIM di talian +6012-3578663 atau Cik Anis Sakinah (Pegawai Perhubungan Koperat PPIM) di talian
+6018-9672930. Sekian.