Program Pelancaran Eco-Schools Perak: Pendidikan Lestari Cikgu Saarani@Perak Sejahtera 2030

  • October 15, 2022
  • 2 min read
Program Pelancaran Eco-Schools Perak: Pendidikan Lestari Cikgu Saarani@Perak Sejahtera 2030

Program Pelancaran Eco-Schools Perak : Pendidikan Lestari Cikgu Saarani @ Perak Sejahtera 2030 telah diadakan dalam satu majlis gilang-gemilang di Royal Perak Golf Club (RPGC) pada 13 Oktober 2022.

Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, dan Sumber Manusia, YB Encik Ahmad Saidi Mohamad Daud yang mewakili YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Saarani Mohamad.

Program kelestarian berasaskan projek, Eco-Schools Perak merupakan inisiatif bersama pihak MB Inc. Perak, Green Growth Asia Foundation (GGAF), serta dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang merangkumi pembangunan pendidikan lestari secara holistik.

Sebanyak 50 buah sekolah telah terpilih untuk menyertai Eco-Schools pada 2021 melibatkan Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), sekolah Orang Asli serta Sekolah Menengah dan mensasarkan 100 buah sekolah Eco-schools menjelang 2025.

Objektif program Eco-schools ialah melahirkan duta-duta kelestarian yang mampu menjadi pemudah penyelesaian isu alam sekitar di dalam komuniti mahupun isu global.

Dalam pada itu, pelaksanaan program Eco-Schools Perak ini selari dengan titah ucapan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, yang menitahkan bahawa merimbunkan kehijauan seluruh negeri hendaklah menjadi tanggungjawab bersama.

Tahniah kepada 9 buah sekolah di negeri ini yang telah pun menerima pengiktirafan Green Flag, International Award 2022. Tahniah diucapkan.

Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan industri MB Inc., iaitu Rahman Hydraulic Tin Sdn.Bhd, Klay Minerals Sdn.Bhd, dan Jin Sand Global Sdn. Bhd atas pemberian sumbangan bagi Program- Program Pembangunan Pendidikan Negeri Perak dengan jumlah RM1.5 juta.

Sementara itu, dalam pelancaran tersebut turut diselitkan pengiktirafan tiga rekod Malaysia Book of Records (MBOR) 2022 antaranya penglibatan pelajar dalam Acara Larian Maya Terbesar Eco-Schools Perak anjuran MB Inc., Green Growth Asia Foundation (GGAF) dan JPN.

Turut tidak terkecuali, penglibatan pelajar – pelajar sekolah daripada 20 buah sekolah sebagai pempamer yang mempamerkan produk lestari dan inovasi.

Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Puan Halizah binti Sipun; Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Puan Hajah Rahimah Mohamed; Direktor Eksekutif Green Growth Asia Foundation (GGAF), Dr. Mahadi Mohamed; Pengarah FAMA Negeri Perak, Encik Noorsham Ramly; Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Encik Anuar Zainal Abidin; barisan Pengurusan MB Inc. Perak; serta barisan Pendidik Negeri Perak.

MB Inc. sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat sama dalam penganjuran dan komitmen penuh program kelestarian, Eco-Schools Perak ini. Justeru, dapatan keseluruhan bersama ini mampu membentuk komuniti lestari di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *