Program Vaksin Kucing”MEOW CHECKUP” beri kesedaran rakyat kehidupan bersama harmoni

Ampang 22 Ogos 2026 Telah diadakan Perasmian Program “Meow Checkup” di Dewan MPAJ Taman Chempaka. Program ini telah dihadiri oleh ramai masyarakat penduduk kawasan Pandan Indah dan Ampang. Dimana rata rata hadir dengan membawa kucing peliharaan mereka untuk diberi rawatan oleh Dr Pakar dari Hospital Veterinar Cheras. Acara program “Meow Checkup” dengan Jayanya telah dirasmikan oleh YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Aziz di dalam Dewan bersama ratusan yang hadir.

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul turut melawat beberapa gerai gerai Pameran bersama dalam program Vaksin Kucing ini. Antara Gerai yang Ada adalah Gerai Terra diet Makanan Kucing, Smart pets, Sue Mayang Shelter, Jualan Rahmah Telur Murah dan beberapa Gerai yang sudi bersama dalam program ini. Masyarakat yang hadir juga turut berkesempatan bersalam dan bergambar dengan Tengku Zafrul.

YM Datuk Seri Utama Tengku Zafrul turut memberi hadiah kepada pemenang acara diadakan seperti Kucing Makan Paling Cepat, dan Cabutan Bertuah. Masyarakat Ampang dan Pandan Indah berpuas hati dengan acara yang julung kali diadakan di kawasan tersebut.

Sejumlah 150 Vaksin Percuma habis cepat dengan kehadiran Ramai masyarakat Ampang dan Pandan Indah hadir membawa kucing mereka. Rata rata yang membawa kucing berpuas hati kerana dapat menerima Vaksin percuma kerana Kos rawatan Haiwan seperti Kucing ini bukanlah murah dan dengan adanya program ini dapat mengurangkan beban tangungan mereka yang mencintai Haiwan peliharaan.

Kesimpulannya program ini telah berjaya memberi kesedaran terhadap Haiwan seperti Kucing supaya kita dapat menjaga mereka dalam kehidupan bersama. Rata rata yang hadir berharap program ini dapat diteruskan lagi dan diadakan di seluruh Malaysia.

Penganjur :

  1. Kelab Komuniti TZA
  2. Persatuan Keutamaan Rakyat ( Rakyat First )
  3. Majlis Ampang Jaya ( MPAJ )
  4. GLTS ( Global Law Thinkers Society)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *