PTR anjur program My Love PTR Semangat Merdeka

15 September 2022- Bagi menyemai semangat kemerdekaan dan cintakan tanah air, dalam kalangan kanak-kanak, Perpustakaan Tun Razak (PTR) mengambil inisiatif menganjurkan program My Love PTR Semangat Merdeka dan Hari Malaysia.
Lebih 300 pelajar sekolah rendah, tadika dan pra sekolah telah mengambil bahagian.
Program yang bermula jam 9.00 pagi ini telah disempurnakan Y.Bhg Dato’ Azizul Kama Abd Aziz, Ahli Majlis MBI merangkap Ahli Jawatankuasa Kecil Pendidikan MBI.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program sehari ini berlangsung, antaranya pertandingan bicara berirama, pertandingan pakaian beragam dan ceramah motivasi sempena Hari Malaysia yang disampaikan oleh mantan Datuk Bandar Ipoh ke-5, Y.Bhg. Dato’ Sirajuddin Salleh.
Penganjuran program ini diharap dapat menyemarakkan lagi Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2022.