Rahmad keliru?

  • September 24, 2022
  • 2 min read
Rahmad keliru?

RAHMAD MEGA KELIRU? Petaling Jaya, 22 September 2022 – Rahmad Mega menjadi pesaing yang kuat di Terpaling Juara
setelah memenangi persembahan terbaik pada minggu pertama. Namun, Rahmad Mega di bawah bimbingan kapten Hael mula rasa keliru setelah ditegur oleh juri tetap bahawa persembahan beliau tiada elemen baharu dan segar.

Dapatkah beliau terus bersaing dengan Hazami dan peserta-peserta junior
yang semakin serius dalam membuktikan kemampuan masing-masing?


Kapten Hael amat menyukai cara nyanyian Rahmad Mega dan mahu mengekalkan identiti penyanyi rock dalam persembahan.

“Setiap minggu, saya berjaya membawa lagu dengan baik dan menepati kehendak
kapten Hael, tapi juri mahu melihat saya beraksi di luar kotak. Saya mula jadi keliru dan tekanan menjadi sangat besar kerana ia perlukan perbincangan dan aturan strategi baharu dengan kapten.” Kata Rahmad
Mega.

“Terpaling Juara telah memberi kepuasan yang besar bagi saya untuk terus berkarya. Saya menyahut
cabaran ini dengan hati terbuka. Walaupun semakin tertekan, saya akan fokus dan menggali lagi sisi
berbeza untuk persembahan yang WOW di minggu ini. Ia bukanlah jalan mudah bagi saya kerana Hazami, Shaz, Aqeesh dan Aqmal juga mempunyai potensi besar untuk menang.” Tambah Rahmad Mega.


Dalam saat yang genting ini, kapten Hael terikat dengan komitmen lain dan kini berada di Milan sehingga hari Sabtu.

Bagaimana dengan persiapan Rahmad Mega yang dikehendaki berduet dengan Ayda Jebat
menerusi lagu ‘Keliru’ (AJL17, nyanyian asal oleh Nurul & Ajai)? Adakah ketiadaan kapten Hael akan mengganggu sesi latihan?


Episod akan datang bakal menyaksikan para peserta Terpaling Juara berduet dengan artis-artis pilihan dalam senarai Pilihan Lagu Terpaling berikut:

Keliru (AJL17, nyanyian asal oleh Nurul & Ajai) – Rahmad Mega & Ayda Jebat

Ku Bersuara (AJL34, nyanyian asal oleh Ernie Zakri) – Shaz & Nikki Palikat

Kisah Cinta Kita (AJL34, nyanyian asal oleh Hafiz Suip) – Aqeesh & Cliff Umar

Pelangi Senja (AJL27, nyanyian asal oleh Stacy) – Hazami & Stacy

Terukir Di Bintang (AJL27, nyanyian asal oleh Yuna) – Aqmal & Aizat Amdan

Jangan ketinggalan untuk menonton Terpaling Juara mulai 21 Ogos 2022, setiap hari Ahad, siaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Shah Alam, pukul 9.00 malam dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my Gunakan tanda pagar #TerpalingJuara dan #PlaylistAJL untuk menghangatkan lagi
perbualan di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *